Friday, April 27, 2012

Rombak jelah Stadium Merdeka



Stadium Merdeka mula dibina pada 25 Sep 1956 dan siap pada 21 Ogos 1957 ini telah menjadi salah satu mercu tanda bersejarah sebagai tempat pengishtiharan kemerdekaan Malaysia daripada British.

Pada 90an dahulu stadium ini katanya akan dimusnahkan, dan syarikat yang diberikan hak milik terhadap stadium dan tanahnya itu mahu membina pusat hiburan dan kompleks pejabat yang bernilai RM 1Bilion, maka sebagai gantinya mereka diminta untuk membina 7 buah stadium di 7 kawasan berbeza. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana mendapat bantahan dari masyarakat dan juga masalah kewangan syarikat tersebut akibat masalah krisis ekonomi di Asia pada 90an dahulu.


Kemudian pada tahun 2003 stadium dinobatkan sebagai warisan kebangsaan, dan salah satu tindakan paling bodoh yang dibuat oleh kerajaan pada tahun 2007 adalah mengubah kembali struktur stadium yang ketika itu mempunyai kapasiti 45ribu kepada struktur asal yang berkapasiti 20ribu?? Korang rasa bodoh tak? Bagi aku perbuatan ini satu perbuatan yang merugikan duit rakyat hanya semata-mata mahu mengekalkan nostalgia silam yang telah tercatat dalam buku teks sejarah.


Aku mahu dan aku harap Stadium Merdeka dirombak dan diubah suai menjadi stadium bolasepak sepenuhnya sebelum 2020. Bagi aku daripada stadium ini ubahsuai kepada bentuk asal, ada baiknya dan terlebih baik sangat2 ia dirobohkan terus untuk membina stadium merdeka yang baru  yang dikhususkan sebagai stadium bolasepak sepenuhnya dan menjadi homeground untuk Harimau Malaya, jika Pasukan Kebangsaan England gah dengan Wembley mereka maka Harimau Malaya kita bangga dengan Stadium Merdeka yang menjadi kubu sejak sekian lama.

Kita ambil contoh Stadium Wembley yang jauh lebih lama dibina dan bersejarah dari Stadium Merdeka, mungkin akan ada yang berkata "ala stadium tu memang asal stadium bola sepak, so takpe la nak roboh dan bina stadium baru", tapi bagi aku "why not?".

Kat negara kita ni dah ada berpuluh-puluh multipurpose stadium yang pada pendapat aku kurang sesuai untuk membina semangat dan minat dalam dunia bolasepak moden. Oh! ada yang kata "ala stadium tak penting yang penting permainan" betul.. aku tak nafikan kalau harap stadium je canggih manggih tapi kalo main hampeh pon tak guna juga, tapi untuk nak menaikkan lagi pembangunan bolasepak negara seeloknya Harimau Malaya mesti mempunyai home ground yang lebih sesuai dan sepadan dengan sukan itu sendiri.

Yelah, kenapa hoki boleh mempunyai stadium yang khusus untuk sukan tersebut tetapi tidak bagi bolasepak? Padahal bolasepak adalah sukan no 1 negara?

Cadangan dan niat Kementerian Belia Dan Sukan untuk membina stadium khusus untuk bolasepak sangat2 lah aku setuju, tetapi sampai sekarang berita tersebut tinggal menjadi berita yang hingga kini tak nampak langkah2 untuk menuju kearah tersebut.


Berbeza dengan Kelantan FA yang nampak lebih bersungguh-sungguh untuk memajukan bolasepak mereka, dengan sokongan Sultan Muhamad XI sendiri yang membenarkan tanah baginda sultan seluas 40hektar untuk dibangunkan bagi membina stadium bolasepak yang baru berkapasiti 30-40k diatas tanah yang berkeluasan 8hektar, aku lihat Kelantan lebih komited untuk membangunkan bolasepak mereka berbanding KBS yang seperti hangat2 tahik ayam atau seperti melepas batok ditangga.

Kelantan FA antara pasukan pertama di negara yang bakal memiliki stadium bolasepak sendiri
Jika dilihat dari keluasan semasa kawasan Stadium Merdeka, aku rasa sangat munasabah kalau dibina stadium merdeka baharu yang berkapasiti 50-60k.

Panorama didalam Stadium Emirates homeground Arsenal yang berkapasiti 60361 ribu, bayangkan Stadium Merdeka seperti ini? Terlalu Mahal kerana canggih sangat?
Sport Direct Arena homeground untuk Newcastle United yang berkapasiti 52387 ribu

Perbanyakkan Stadium Bolasepak?

Sebenarnya kalau di ikutkan kos untuk membina dan menyelenggara stadium bolasepak yang berkapasiti 15-20k adalah lebih rendah dan murah daripada multipurpose stadium. Sebagai contohnya Saputo Stadium pada asalnya adalah padang yang mempunyai trek latihan tetapi kemudiannya diubah suai menjadi stadium bolasepak sepenuhnya berkapsiti 13k yang dibina dengan kos antara RM 50-60juta, tapi ni pon sebenarnya mahal lagi kalau nak dibandingkan dengan stadium yang dibina untuk pasukan Buriram United F.C.


Bagi aku tak perlulah grand2 sangat seperti stadium bolasepak yang bakal dibina oleh Kelantan FA sampai RM 300juta harganya, biar simple dan kemas, sebagai contoh home ground bagi Buriram United F.C. (salah satu kelab bolasepak terkemuka dalam TPL) iaitu Thunder Castle Stadium  yang berkapasiti 24k baru bernilai USD17 juta.


Bayangkan dengan peruntukkan RM300juta tersebut kita boleh membina hampir 6 buah stadium berkapasiti 24k, dan bagi aku lah, daripada Kelantan FA dan Casamesra menghabiskan RM300 juta untuk membina stadium semata-mata, ada baik mereka membina stadium yang lebih baik sedikit daripada Buriram United, mungkin yang berkapasiti 40k senilai RM100juta dan wang selebihnya digunakan untuk pembangunan bolasepak Kelantan itu sendiri.

Menaik Taraf Dan Mengubah Suai Stadium Yang Sedia ada

Selain daripada membina stadium-stadium bolasepak baru, dalam kepala aku, aku terfikir beberapa buah stadium yang sesuai untuk dinaik taraf dan diubah suai supaya menjadi stadium bolasepak sepenuhnya seperti :

Stadium Hang Tuah



Stadium ini dulunya dikenali dengan nama stadium kubu dan dibuka pada tahun 1954 mampu menampung 15k kapasiti penonton, aku rasa kalo kerajaan Melaka kesiankan kat Malacca FA, patutnya mereka bagi jelah stadium ni jadi hak milik state FA kemudian bagi peruntukkan 20-30 juta untuk menaik taraf padang, grandstand dan lampu limpah, moga dengan usaha tersebut mampu membangkitkan semula semangat pasukkan Melaka yang terendam di Liga FAM.

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Terengganu buat masa sekarang ni dah ada stadium baru, tetapi memandangkan stadium baru tu ehem2.. paham je lah... maka Terengganu FA tak dapat bermain dirumah baru,  jadi terpaksa la bermain dirumah lama sementara menunggu proses baik pulih stadium tersebut. Memandangkan Terengganu mempunyai 2 buah pasukan yang digeruni ada baiknya Stadium Sultan Ismail tersebut diconvertkan menjadi stadium bolasepak sepenuhnya yang berkapasiti 24k.



Stadium Majlis Perbandaran Temerloh


Semasa Pahang memenangi Kejohanan Piala Emas Raja-raja edisi 2011, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan supaya stadium Temerloh dinaik tarafkan, bagi aku lah kan, alang2 naik taraf, lepas siap je proses naik taraf Stadium Darul Makmur, ada baiknya stadium mini tersebut ditukarkan terus kepada stadium bolasepak yang menjadi homeground pasukan Pahang FA, memandangkan lokasi Temerloh tu sendiri berada ditengah2 Pahang, senang nanti ramai yang boleh datang kesana berbanding Kuantan yang terlalu jauh dari daerah2 lain.

Korang mesti tertanya-tanya apsal aku duk cadang stadium yang berkapasiti 24 jek.. bagi aku 24k adalah sangat ideal, paling2 besar pon bagi aku 35k, kenapa? mudah diselenggara, stadium pun akan kelihatan sentiasa penuh, takde gunanya bagi aku kalo buat stadium bolasepak kat tiap2 negeri dengan kapasiti 40k, tengok je la keadaan skang ni bukan selalu penuhpon, kecuali dibeberapa buah negeri jek, dan lagi kalo buat stadium macam Buriram united tu bila2 masa jek boleh ni naik taraf untuk menambah jumlah kapasiti sekiranya tak mencukupi.

Aku bagi contoh Stadium Jalan Besar Singapura yang berkapasiti 8 ribu, nampak kecik jek stadiumnya, tapi bila yang hadir hampir 7500 orang memang terasa bahang dan kehangatan suasana di stadium tersebut, pemain-pemain pon nampak semangat bila bermain.


Aku harap2 Menteri KBS sekarang atau yang akan datang ni nanti sungguh2 laa majukan sukan bolasepak ni dengan buat banyak pembaharuana dan kemajuan....

3 comments: