Thursday, April 26, 2012

Barca Kalah Nasib Dengan Corak Permainan Yang Menarik

Aku tak kira la orang nak kata aku lalang ke apa, secara jujurnya aku minat kedua2 iaitu Chelsea dan Barca, tapi bila dua pasukan ni bertembung, aku terpaksa pilih barca tapi aku tetap gembira apabila Chelsea menang.



Tapi kenapa aku lebih menyokong barca berbanding chelsea?

Corak permainan...

Ye corak permainan "tiki taka" Barcelona FC lah yang menyebabkan aku jatuh cinta pada pasukan ni sejak dari PG masih lagi menjadi pemain barca dan pernah bertembung dengan RDM yang pada masa itu adalah pemain Chelsea.

Walaupon barca kalah, tapi permainan mereka cukup menghiburkan dan hampir 80% menguasai permainan cuma nasib tak menyebelahi mereka dan yang lebih penting mereka tetap dengan pendirian mereka iaitu kalah bermaruah.

Perubahan Corak Permainan Pasukan Liga Malaysia

Aku terfikir dan berangan seandainya Malaysia mengubah corak permainan mereka daripada berkiblat ke England lebih baik bertukar arah ke Spanyol.

Apa yang aku perhatikan sekarang ni, DKR lebih banyak menerapkan corak permainan hantaran pendek, begitu juga OKS, dan antara pasukan2 negeri yang sangat ketara menerapkan corak permainan ini adalah Kedah dan Kelantan.

Pernah aku melihat Burn si pengacara rancangan Masa Tambahan terbitan Astro Arena yang mana beliau mengatakan melihat Kelantan bermain seolah-olah seperti melihat Barcelona yang bermain di Liga Malaysia.

Tetapi bagi aku Kelantan tidak begitu ketara berbanding Kedah semenjak kemasukkan Safi Abdel Fatah yang sangat jelas merubah hampir keseluruhan corak permainan pasukan Kedah dan WJWH telah memanfaatkan sepenuhnya kemahiran dan pengalaman beliau untuk mencorakkan strategi dan taktikal corak permainan pasukan Kedah.

Tak lupa juga kepada Sarawak dibawah bimbingan RA yang suatu ketika dahulu pernah menerapkan corak permainan Total Football yang menjadi root kepada Tiki Taka.

Terengganu dahulu sewaktu dibawah kendalian HIB banyak menerapkan corak penguasaan bola dengan hantaran2 pendek yang kemas dan kini corak tersebut jelas kelihatan pada pasukkan Selangor setelah HIB membimbing pasukan Selangor sewaktu menentang pasukan Singapore LionsXII, walaupon mereka seri tapi bagi aku corak permainan ini (Total Football, Tiki Taka, Short Passes) lebih banyak memberikan kelebihan kepada pasukan berbanding corak Route One atau Direct Football dan Counter Attack yang diamalkan di EPL.

Aku harap DKR akan tetap menerapkan corak ini memandangkan core player pasukan kebangsaan adalah dari TOP 4, pasukan2 ini iaitu Selangor, Kedah, Terengganu dan Kelantan yang juga mengamalkan corak yang sama iaitu hantaran2 pendek, walaupon Selangor dan Terengganu serta Kedah menunjukkan prestasi yoyo pada permulaan dan akhir musim tetapi sekarang mereka mununjukkan kebangkitan.

Jika pasukan2 ini mengekalkan corak permainan hantaran2 pendek yang kemas dan cantik, ini akan memberikan kelebihan yang mana kebanyakkan pemain2 dari 4 pasukan tersebut akan mudah menyesuaikan diri apabila dikumpul sebagai pasukan kebangsaan.

Kita lihat secara kebiasaannya pasukan mana yang lebih banyak menguasai bola, maka pasukan itulah yang mempunyai kemungkinan besar untuk menang, yelah walaupon akhir2 ini Chelsea dan Real Madrid telah membuktikan bahawa Barca mampu ditewaskan, tapi cuba kita lihat bagaimana Barca menguasai permainan?

Ini dunia tidak ada yang mustahil jadi menang kalah adalah adat perlawananan, tapi untuk mencipta kemungkinan besar menang sesuatu perlawanan, Malaysia dan pasukan2 liga super harus menukar corak taktikal dan strategi kepada corak penguasaan bola serta mengasah skil individu pemain2 mereka, tak kisahlah, tiki taka ke, total football ke, aku paling benci kalau tengok Harimau Malaya menerapkan strategi bertahan, membosankan.

Cukup-cukuplah main setail pasukan2 EPL, pemain2 kita bukannya besar2, ketot2 blake, barca dah membuktikan fizikal pemain bukanlah faktor untuk menentukan pasukan itu kuat atau kalah, tetapi skill individu dan taktikal yang baik mampu memberikan kemungkinan besar untuk sesebuah pasukan itu menang.

No comments:

Post a Comment