Tuesday, June 26, 2012

East Coast Derby Nasi Dagang VS Nasi Kerabu Yang Epik Lagi Klasik

gambar ihsan sokernet.com
Pertembungan epik lagi klasik antara dua gergasi pantai timur bahkan aku boleh katakan sebagai dua gergasi bolasepak Malaysia masa kini antara Kelantan dan Terengganu bolehlah ku ibaratkan sebagai pertembungan antara dua pasukan kebangsaan dalam sebuah liga super duper Malaysia.


Ini kerana kedua-dua pasukan iaitu Kelantan dan Terengganu memilik jumlah pemain kebangsaan yang paling ramai dalam Liga Malaysia, dan apa yang menarik lagi kedua-duanya mewakili negara ke kejohanan AFC Cup tetapi kini hanya Kelantan sahaja yang mara ke Suku Akhir AFC Cup, malah kedua-dua gergasi bolasepak negara ini memiliki pemain import berbisa mereka yang juga mewakili pasukan kebangsaan masing iaitu Forky Doe dan M. Ghaddar.

Antara kedua-dua negeri ini mempunyai persamaan sejarah, kebudayaan dan loghat bahasa yang hampir sama dan sangat panjang, Nasi Dagang vs Nasi Kerabu(tapi gua lagi suka nasi kerabu pahang lagi sedap dari nasi kerabu klate, sorry deh), Budu vs Keropok Lekor, Pasar Payang vs Pasar Siti Khadijah, Serambi Mekah vs Serambi Madinah malah kedua-dua negeri pernah diterajui oleh dua Tok Guru suatu masa dahulu, malah daerah Jertih dan Besut adalah masyarakat yang bercakap dalam 2 loghat iaitu Klate dan Tganu, ini kerana sejarah Besut dahulunya adalah sebahagian daripada wilayah jajahan Kelantan, seperti juga Beserah yang suatu ketika dulu dalam wilayah Terengganu dan Endau dalam Wilayah Pahang. "Peh.. apa aku merepek sampai bab sejarah dah ni."

Apa yang menarik lagi mengenai perlawanan antara Terengganu menentang Kelantan malam ini dimana Kelantan dibarisi dua penyerang kelahiran anak jati Terengganu iaitu Mat Yo Wassap Dude dan Paan Bang! Bang! kembali ke tanah air bagi membenam pasukan negeri kelahiran masing-masing, tambah menghangatkan lagi Terengganu pula kini dibimbing oleh bekas Juruletih Kelantan Peter James Butler yang digembar-gemburkan mempunyai reputasi serta kontroversi hebat dalam kancah bolasepak Asia Tenggara.

Sungguh kukatakan perlawanan malam ini adalah antara yang terhangat sehangat malam yang pekat, kekasaran, tarik menarik, provokasi antara pemain-pemain kedua-dua pasukan dari awal perlawanan hingga ke tiupan wisel penamat disamping penyokong kedua-dua pasukan masing-masing memukul gendang perang yang menyemarakkan lagi semangat pemain kedua-dua pasukan seolah-olah mereka bermain diperlawanan akhir disuatu kejohanan tertinggi negara.

Kelantan yang turun dengan menggunakan formasi 4-4-1-1 membuka jaringan dengan rembatan kencang Paan Bang! Bang! untuk menewaskan penjaga goal muda skuad Peteh pada minit ke enam manakala kapitan mabeles Piya berjaya memperdaya penjaga goal Terengganu hasil sepakan percuma yang mengelirukan dan terus menerjah gawang pasukan peteh pada minit ke dua puluh sekaligus mendahului Terengganu dengan 2-0.

Tetapi Terengganu yang turun dengan formasi asal mereka ketika dibawah bimbingan HIB iaitu 4-3-3 dibawah bimbingan PJB seolah-olah memberikan amaran kepada pasukan Kelantan dan lain-lain pasukan didalam Liga Super dengan laungan "Waccout!!! We Are Back!" apabila mempamerkan aksi garang yang mana PJB meletakkan kembali gandingan tiga serangkai berbisa mereka iaitu Saha, Hadi dan Manaf serta dibantu oleh Forky Doe telah berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan dengan Saha dan Manaf berjaya melepaskan beberapa percubaan ke pintu goal Kelantan tetapi bak kata omputih "as usual Spider-Man stick to his net" Apek sememangnya layak dinobatkan penjaga gawang terbaik negara, tetapi sepandai-pandai Spider-Man menepis akhirnya gawang Apek dibolosi juga oleh rembatan Hadi hasil hantaran lintang Forky Doe bagi mengurangkan beza jaringan kepada 2-1.

Bersambung babak kedua Terengganu terus menambah asakkan kekubu Kelantan dan hasilnya Muslim berjaya menanduk masuk bola menewaskan Apek bagi menyamakan kedudukan 2-2. Kedua-dua pasukan saling menyerang dan bertahan serta menghiasi permainan dengan lakonan dan drama swasta minggu ini dengan pelbagai insiden kekasaran yang menyaksikan kedua-dua pemain setiap pasukan menerima beberapa kad kuning hinggalah pengadil meniupkan wisel penamat menyaksikan kedua-dua pasukan hanya mampu seri dan berkongsi 1 mata.

Terengganu dilihat kembali mendapatkan rentak mereka kembali dan pulih dari zaman kejatuhan yang maha gelap manakala Kelantan kini semakin deras mengejar Singelapor 12ekor dengan perbezaan 2 mata dibelakang mereka.

Apa yang boleh kukatakan pertembungan dua musuh tradisi gergasi bolasepak pantai timur malam ini adalah sebuah perlawanan epik lagi klasik dan yang terbaik dalam musim ini, seperti sebuah hidangan yang lazat dan enak, menarik untuk ditonton lagi mengasyikkan untuk dihayati, penuh drama berserta gerakan cantik yang merbahaya.

bak kata orang pantai timur "ni baru maing bola"...

1 comment:

  1. Wonderful post checkout my latest post at
    http://togetherfornature.blogspot.com/2012/07/what-is-nature.html
    feel free to leave a comment and like us on facebook

    ReplyDelete