Friday, April 27, 2012

Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya

"Although the game is only a friendly match and the opponent is not very strong but in football anything can happen, so they (the Malaysian Tigers) should show a good performance.

"In my opinion, when playing at home, advantage is on us, if possible do not give the opponent a chance to score,"

Itu adalah kata-kata lagenda bolasepak negara Dato Soh Chin Aun yang merujuk kepada perlawanan persahabatan pada 28 April ini antara Harimau Malaya menentang Sri Lankan Lions sebelum dijadualkan bertemu dengan Pinoy Azkals.

Tapi bagi aku, aku tak berapa berminat sangat mengenai Sri Lanka, kepala aku lebih tertumpu kepada Harimau Malaya menentang Pinoy Azkals lebih daripada memikirkan pertemuan dengan Arsengal dan Mancis... opss.. sory beb.. gua Chelsea sama Barca... Lalang ke? lantak gua laa... hehe... Ciss.. tapi dalam pada tu bengang gak skit2 Barca kalah ngn Chelsea baru2 ni...


The Azkals vs Harimau Malaya

Harimau Malaya akan bertemu Azkals pada 1 June ini
Ntah kenapa aku lebih teruja dengan puok2 pinoy ni, sejak dari skolah lagi aku seolah2 tertanya2 tentang bolasepak pinoy, aku tak berapa teruja sangat kalau stakat lawan ngn singa dan garuda serta gajah putih hatta geng vietkong.

Yang aku ingat dulu2 tiap kali lawan dengan pinoy ni memang lauk je la bagi Harimau Malaya, cuma pada tahun 1991 betapa aku rasa tak percaya bila tengok dalam tv Harimau Malaya kalah 1-0 masa sukan sea dulu, pergh... Kemudian lepas dari tahun tersebut pinoy tak pernah menang dengan Malaysia, cuma baru-baru ni jek masa bulan 2 hari tu,.. pergh.. nyaris2 malu muka Harimau Malaya, ye lah sebelum pertemuan tersebut dari blog2, forum dan facebook pinoy ni aku baca betapa terujanya diaorg nak bertemu dengan Harimau Malaya dan untuk mengalahkan pasukan negara seterusnya mengulangi pencapaian pada tahun 1991 dahulu.

Aku tau ada segelintir budak2 kita yang merendah-rendahkan pasukan mereka ini, bagi aku tu tak patut, pelisssss la.. jangan laa korang cakap besar dan berlagak bagus.. Kejap je kalo tuhan nak tunjukkan nanti kita kalah kat tanah sendiri lawan mereka, kalau sebelum ni kita seri ketika menetang mereka di Rizal Stadium, pasti kali ini mereka berazam untuk menewaskan Harimau Malaya pada perlawanan kali ni yang aku rasa mungkin diadakan di Stadium Shah Alam.

Filipina adalah negara yang sedang membangunkan semula pasukan bolasepak mereka, kabar terbaru aku agak lama dikatakan bahwa Chelsea akan berkerjasama dengan Younghusband Football Academy untuk membina sekolah bolasepak disana.

Filipina dilihat telah membuat banyak kejutan pada Piala AFF 2010, selain daripada melayakkan diri ke peringkat kumpulan, mereka juga layak ke separuh akhir tetapi tewas kepada Indonesia dengan agregat 2-0. Bukan sekadar itu sahaja, semasa diperingkat kumpulan mereka berjaya menewaskan Vietnam. ye Vietkong? pergh terkejut beruk jap aku time tu bila tau... Dan yang terbaru adalah memenangi tempat ketiga pada kejohanan AFC Challenge Cup 2012 dengan menewaskan Palestin 4-3.

Dan selepas kejohanan tersebut ranking mereka mengatasi kita, hua hua hua.. apalagi rakyat malaysia bising melalak pasal ranking jatuh disebabkan kurangnya perlawanan antarabangsa.

Pada masa tu(kejohanan AFF Cup 2010) apa yang aku dapat tau mereka menggunakan pemain2 naturalisasi yang masih mempunyai darah pinoy samada dari sebelah bapak atau ibu mereka.

Bagi aku apa yang dilakukan oleh Filipina ni tak jauh beza dengan apa yang dilakukan oleh Indonesia dan Singapure untuk memperkuatkan pasukan mereka cuma berbeza dengan Singapure yang mana pemain-pemain naturalisasi mereka bukanlah mempunyai hubungkait darah dan keturunan dengan negara kelahiran bapa atau ibu pemain-pemain mereka.

Kebanyakkan pemain-pemain pinoy ni adalah kelahiran Eropah, mereka membesar dan bersekolah serta menyertai akedemi-akedemi bolasepak disana, semasa Malaysia menentang mereka tempoh hari, barisan kesebelasan utama mereka boleh dikatakan hampir 80% adalah pemain naturalisasi dan separuh daripadanya adalah yang berpengkalan di eropah dan bermain di divisen 2 atau 3 kecuali kalau tak silap aku hanya GK dia org je yang bermain di top tier EPL iaiti Neil Etheridge bersama pasukan Fulham.

Secara jujurnya, kalau aku lah yang jadi orang pilipin, aku kurang bangga kalau kita menggunakan kaedah naturalisasi, yelahkan, dah rupa macam pasukan import jadinya, bagi aku itu adalah import.. import.. import.. walaupon korang guna terma naturalisasi tetapi hakikatnya mereka adalah import.

Kenapa? Sebab apabila negara kita tak mampu melahirkan pemain-pemain yang berbakat diperingkat akar umbi, padahal jumlah penduduk kita hampir mencecah 30juta, demi untuk menjaga maruah negara, kita terpaksa memanggil pemain2 diluar negara yang ada pertalian darah dengan negara atau pemain2 asing yang bermastautin dinegara ini untuk mewakili negara.

Ini menunjukkan bahawa pembangunan sukan itu sendiri diperingkat domestik adalah gagal, tak payah ambik contoh jauh2, gunakan contoh Filipina sendiri, pasukan senior mereka melakar kejutan tapi bagaimana dengan pasukan U23 dan U21 mereka yang 90% adalah native pinoy? hancur lebur... prftttthhhhh... padahal populasi penduduk mereka melebihi 80juta, begitu juga dengan Indonesia, 250juta beb takkan la tak mampu melahirkan seorang lagi Bambang Pamungkas? Wah.. kalau bercerita bab mulus dan asli keluar NKRI bedegung degang, tapi time part bolasepak langsung dinaturalisasikan ya pak??..

Berbalik kepada pinoy Azkals, bagi aku korang boleh berbangga dapat tempat ketiga di AFC Challenge Cup dan separuh akhir AFF Cup, tapi kita harus sedar, pemain-pemain bolasepak ni manusia yang totally bukanlah i-robot atau Terminator yang menggunakan bateri berkuasa nuklir... dari tahun ke tahun umur akan meningkat dan prestasi akan menurun setelah mencapai kemuncak.

Dulu peminat2 bolasepak tanah air selak sakan mengenai Shaun Maloney dan yang paling akhir adalah Brenden Gan kelahiran Australia yang pernah bermain dengan beberapa buah kelab-kelab A-League tetapi akhirnya prestasi beliau tidaklah sehebat manapon apabila beliau bermain bersama pasukan Sabah FA.

Ini semua adalah jalan pintas bagi jangkamasa pendek, bagi aku program harimau muda dan juga 1MCC-JFL, Liga IPT dan macam-macam liga yang baru tumbuh bak cendawan mekar selepas hujan adalah satu perkembangan menarik untuk masa depan bolasepak negara.

Secara jujurnya aku buat masa sekarang ni menyokong penuh apa yang dilakukan oleh Dato K. Rajagobal yang sebelum ini bereksperimentasi dengan pemain-pemain ketika menentang Kelantan, Sabah dan Sarawak dalam perlawanan persahabatan terdahulu.

Aku yakin beliau telah menemui ramuannya dan apa yang perlu dilakukan adalah mengulangi hasil ramuan tersebut yang telah mencipta kejayaan di sukan sea dan Aff Cup serta memperbaiki mutu ramuan tersebut bagi menghadapi kejohanan AFF Cup 2012 akan datang.

Kepada King Raja dan Harimau Malaya... Selamat Berjuang.... Meoowww.....

No comments:

Post a Comment