Tuesday, June 26, 2012

East Coast Derby Nasi Dagang VS Nasi Kerabu Yang Epik Lagi Klasik

gambar ihsan sokernet.com
Pertembungan epik lagi klasik antara dua gergasi pantai timur bahkan aku boleh katakan sebagai dua gergasi bolasepak Malaysia masa kini antara Kelantan dan Terengganu bolehlah ku ibaratkan sebagai pertembungan antara dua pasukan kebangsaan dalam sebuah liga super duper Malaysia.


Ini kerana kedua-dua pasukan iaitu Kelantan dan Terengganu memilik jumlah pemain kebangsaan yang paling ramai dalam Liga Malaysia, dan apa yang menarik lagi kedua-duanya mewakili negara ke kejohanan AFC Cup tetapi kini hanya Kelantan sahaja yang mara ke Suku Akhir AFC Cup, malah kedua-dua gergasi bolasepak negara ini memiliki pemain import berbisa mereka yang juga mewakili pasukan kebangsaan masing iaitu Forky Doe dan M. Ghaddar.

Antara kedua-dua negeri ini mempunyai persamaan sejarah, kebudayaan dan loghat bahasa yang hampir sama dan sangat panjang, Nasi Dagang vs Nasi Kerabu(tapi gua lagi suka nasi kerabu pahang lagi sedap dari nasi kerabu klate, sorry deh), Budu vs Keropok Lekor, Pasar Payang vs Pasar Siti Khadijah, Serambi Mekah vs Serambi Madinah malah kedua-dua negeri pernah diterajui oleh dua Tok Guru suatu masa dahulu, malah daerah Jertih dan Besut adalah masyarakat yang bercakap dalam 2 loghat iaitu Klate dan Tganu, ini kerana sejarah Besut dahulunya adalah sebahagian daripada wilayah jajahan Kelantan, seperti juga Beserah yang suatu ketika dulu dalam wilayah Terengganu dan Endau dalam Wilayah Pahang. "Peh.. apa aku merepek sampai bab sejarah dah ni."

Apa yang menarik lagi mengenai perlawanan antara Terengganu menentang Kelantan malam ini dimana Kelantan dibarisi dua penyerang kelahiran anak jati Terengganu iaitu Mat Yo Wassap Dude dan Paan Bang! Bang! kembali ke tanah air bagi membenam pasukan negeri kelahiran masing-masing, tambah menghangatkan lagi Terengganu pula kini dibimbing oleh bekas Juruletih Kelantan Peter James Butler yang digembar-gemburkan mempunyai reputasi serta kontroversi hebat dalam kancah bolasepak Asia Tenggara.

Sungguh kukatakan perlawanan malam ini adalah antara yang terhangat sehangat malam yang pekat, kekasaran, tarik menarik, provokasi antara pemain-pemain kedua-dua pasukan dari awal perlawanan hingga ke tiupan wisel penamat disamping penyokong kedua-dua pasukan masing-masing memukul gendang perang yang menyemarakkan lagi semangat pemain kedua-dua pasukan seolah-olah mereka bermain diperlawanan akhir disuatu kejohanan tertinggi negara.

Kelantan yang turun dengan menggunakan formasi 4-4-1-1 membuka jaringan dengan rembatan kencang Paan Bang! Bang! untuk menewaskan penjaga goal muda skuad Peteh pada minit ke enam manakala kapitan mabeles Piya berjaya memperdaya penjaga goal Terengganu hasil sepakan percuma yang mengelirukan dan terus menerjah gawang pasukan peteh pada minit ke dua puluh sekaligus mendahului Terengganu dengan 2-0.

Tetapi Terengganu yang turun dengan formasi asal mereka ketika dibawah bimbingan HIB iaitu 4-3-3 dibawah bimbingan PJB seolah-olah memberikan amaran kepada pasukan Kelantan dan lain-lain pasukan didalam Liga Super dengan laungan "Waccout!!! We Are Back!" apabila mempamerkan aksi garang yang mana PJB meletakkan kembali gandingan tiga serangkai berbisa mereka iaitu Saha, Hadi dan Manaf serta dibantu oleh Forky Doe telah berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan dengan Saha dan Manaf berjaya melepaskan beberapa percubaan ke pintu goal Kelantan tetapi bak kata omputih "as usual Spider-Man stick to his net" Apek sememangnya layak dinobatkan penjaga gawang terbaik negara, tetapi sepandai-pandai Spider-Man menepis akhirnya gawang Apek dibolosi juga oleh rembatan Hadi hasil hantaran lintang Forky Doe bagi mengurangkan beza jaringan kepada 2-1.

Bersambung babak kedua Terengganu terus menambah asakkan kekubu Kelantan dan hasilnya Muslim berjaya menanduk masuk bola menewaskan Apek bagi menyamakan kedudukan 2-2. Kedua-dua pasukan saling menyerang dan bertahan serta menghiasi permainan dengan lakonan dan drama swasta minggu ini dengan pelbagai insiden kekasaran yang menyaksikan kedua-dua pemain setiap pasukan menerima beberapa kad kuning hinggalah pengadil meniupkan wisel penamat menyaksikan kedua-dua pasukan hanya mampu seri dan berkongsi 1 mata.

Terengganu dilihat kembali mendapatkan rentak mereka kembali dan pulih dari zaman kejatuhan yang maha gelap manakala Kelantan kini semakin deras mengejar Singelapor 12ekor dengan perbezaan 2 mata dibelakang mereka.

Apa yang boleh kukatakan pertembungan dua musuh tradisi gergasi bolasepak pantai timur malam ini adalah sebuah perlawanan epik lagi klasik dan yang terbaik dalam musim ini, seperti sebuah hidangan yang lazat dan enak, menarik untuk ditonton lagi mengasyikkan untuk dihayati, penuh drama berserta gerakan cantik yang merbahaya.

bak kata orang pantai timur "ni baru maing bola"...

Sunday, June 3, 2012

Ranking Tak Penting, Benarkah? Harus Tekan Butang Panik Atau Tidak?


siapa yang hidupnya tak pernah merasakan jatuh bangun
dalam kehidupan mungkin mereka dari golongan?
Rilek Bang Leman rilek, aku nak tergelak sebenarnya baca statement sesetengah fan page di facebook yang mengatakan bolasepak kita tidak berkembang maju dan menyalahkan FAM semata-mata sebagai punca kemunduran bolasepak kita, cubalah kita muhasabah diri dan selidik sebaik mungkin mengenai prestasi pasukan kita serta kaji rentetan atau kronologi turun naik bolasepak kita dan juga senario bolasepak serantau, aku sebenarnya tak bersetuju langsung dengan kenyataan sebegitu, tetapi bukanlah disebabkan aku menyokong FAM 100%, walaupon aku juga tak bersetuju seratus peratus kenyataan Setiausaha Agong FAM mengenai kenyataan beliau bahawa "Ranking Tak Penting" itu memang langsung aku tak bersetuju.

Ya!! Aku bukanlah orang yang tidak menyokong FAM 100% dan itu bermakna ada juga perkara yang aku setuju dan aku sokong apa yang telah dilakukan oleh FAM sebagai contohnya perkara yang paling aku sokong FAM untuk diteruskan adalah program Harimau Muda serta mengembang majukan lagi liga-liga diperingkat remaja baik secara kerjasama dengan pihak swasta mahupun badan kerajaan, program pembangunan akar umbi sedemikian sememangnya aku sokong untuk FAM teruskan.

kurasakan seperti kita menentang Germany
Tapi kalau mengatakan bolasepak kita langsung tak berkembang maju dan masih berada pada takuk yang sama, itu aku tak setuju langsung, tambah-tambah lagi apabila membandingkan kemajuan bolasepak kita dengan kemajuan pasukan bolasepak kebangsaan Filipina lagilah aku tak bersetuju, kerana kita harus sedar dan faham situasi bolasepak negara mereka yang berbeza dengan negara kita, dimana liga semi pro mereka iaitu United Football League hanya bermula pada bulan Sep 2009 tetapi mereka telah mula menggunakan pemain kelahiran luar negara yang berketurunan Filipina melalui perkahwinan campur  semenjak tahun 2004, tetapi pada masa itu hanya terdapat dua tiga orang sahaja pemain kelahiran luar negara berketurunan Filipina berbanding dengan sekarang hampir 80% pasukan yang digelar the Azkals itu dibarisi oleh pemain-pemain kelahiran EROPAH yang bermain diliga bawahan, pertengahan atau utama negara kelahiran masing-masing yang mana mutu dan standard liga-liga pertengahan diEropah seperti div 3 dan div 4 hampir setanding dengan liga super dan perdana kita.

Tetapi kalau mereka tidak menggunakan pemain-pemain berketurunan Filipina kelahiran negara-negara eropah atau Amerika, dan hanya bergantung sepenuhnya kepada pemain-pemain yang bermain di liga div 1 dan div 2 UFL mereka, sudah tentu Filipina pada 1 Jun yang lepas pasti akan menjadi mangsa belasahan Harimau Malaya, sedangkan pada malam tersebut pun "jika" penyerang-penyerang kita berjaya menyumbat masuk bola kegawang, tidak mustahil kita akan menang sekurang-kurangnya 4-0 keatas mereka. 

Jadi disebabkan kemasukkan dan kebanjiran pemain asing berketurunan Filipina dalam pasukan mereka, maka apa yang kita nampak seolah-olah kemajuan pasukan bolasepak kebangsaan mereka  naik begitu mendadak, tapi apakah itu yang kita mahukan? Lihat bagaimana prestasi pasukan-pasukan dari timur tengah dan contoh terdekat adalah negara jiran kita sendiri iaitu Singapura setelah kebanyakkan pemain-pemain naturalisasi mereka tamat tempoh sah diguna pakai, apakah bolasepak mereka terus berkembang maju tanpa ada penguncupan sedikit pun? Apa kebaikkan yang diperolehi oleh anak tempatan mereka dan apakah perkara tersebut menyumbang kepada pembangunan diperingkat remaja? 

Malah pada masa ini pasukan remaja mereka yang dikenali sebagai Young Lions terpaksa membarisi pemain-pemain import U23 yang boleh diserapkan sebagai warga negara bagi membolehkan mereka mewakili pasukan senior pada masa akan datan akibat kekurangan bakat tempatan yang menyerlah. Malah majoriti masyarakat di Singapura sendiri lebih rela jika pasukan mereka diwakili oleh anak tempatan yang berbakat berbanding pemain kelahiran asing yang diberikan kerakyatan untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka.

Apa yang kita mahukan adalah pembangunan dan kemajuan jangkamasa panjang sebagaimana yang dilakukan oleh Korea dan Jepun, mereka iaitu Jepun pada ketika ini mempunyai lebih daripada 200@dua ratus orang pemain yang setara dan boleh ditukarkan pada bila-bila masa jika terdapat mana-mana pemain yang tidak menyerlah dengan baik, manakala Jurulatih Kebangsaan Filipina pula berbangga bahawa mereka sekarang ini mempunyai pool base yang lebih besar, haha, ya la pool base pemain asing keturunan Filipina yang lebih besar, tetapi sejak 2004 hingga 2012 berapa orang pemain tempatan yang lahir dari pembangunan akar umbi dan remaja menyinar didalam liga domestik mereka sendiri dan seterusnya mewakili pasukan kebangsaan? Apa yang aku nampak makin kurang sinar dan harapan adeler untuk jangkamasa panjang jika 5 tahun akan datang mereka masih mengekalkan program naturalisasi dan fil-foreigners mereka untuk pasukan kebangsaan..

Kita pula hampir 70 orang pemain baik daripada liga super mahupun perdana yang telah dipanggil untuk menjalani latihan pusat dan sokongan kecemasan kita adalah pemain-pemain Harimau Muda yang begitu menyerlah dalam beberapa kejohanan dan liga mahupun persahabatan antarabangsa, cuma nasib tak menyebelahi kita disebabkan beberapa orang pemain yang tak begitu menyerlah ketika perlawanan persahabatan menentang Filipina baru-baru ini seperti Safee Sali dan Syafiq Rahim, serta ada lagi beberapa orang yang aku malas nak taip nama mereka, manakala Mat Yo pula boleh dikatakan terselamat daripada kritikan disebabkan kita telah sedia maklum bahawa beliau yang baru pulih dari kecederaan dan mengakui masih belum mendapat match fitness yang diperlukan sebelum diturunkan pada perlawanan tersebut, tapi kita harus sedar bolasepak adalah permainan berpasukan, dan kita masih ada ruang untuk memperbaiki mutu permainan kita sebelum menentang Singapura pada minggu depan.

Tetapi jika dikatakan perkembangan dan kemajuan bolasepak atau pasukan bolasepak kebangsaan kita sendiri agak perlahan, perkara ini mungkin kita boleh kaji akan kebenarannya, walaubagaimanapun aku rasa tidak adil kalau kita hanya melihat perkembangan dinegara kita sendiri tanpa mengambil contoh dan iktibar dari apa yang berlaku kepada pasukan bolasepak negara serantau dan yang bukan serantau serta isu-isu yang berkaitan dengan survival sukan tersebut.

Pada tahun 1994 kita berada pada kedudukan ranking ke 89 dunia dan pada tahun itu jugalah kita mengalami sejarah hitam yang mana bolasepak kita terpalit dengan skandal rasuah dan mengatur perlawanan yang mana peristiwa tersebut telah mencalarkan dan menjatuhkan maruah bolasepak kita bukan hanya dirantau Asean atau Asia malah dunia. Berikutan daripada skandal tersebut kita kehilangan hampir satu generasi pemain bolasepak yg berbakat akibat daripada penggantungan beberapa tahun, seumur hidup atau dibuang daerah dan ada sesetengahnya tidak dibenarkan aktif seumur hidup dalam apa jua aktiviti bolasepak.

Kemudian pada tahun 1995 ranking kita menurun ke tangga 106, dan kemudiannya tahun berikut ranking kita naik kembali ke tangga 96 dan seterusnya pada tahun 1997 ranking kita bertambah baik dengan menduduki tangga ke 87 dunia, tetapi nasib malang kita seakan-akan berterusan apabila dari tahun demi tahun ranking kita terus menurun, turun, turun, turun dan merudum lagi hinggalah kita berada pada tangga ke 160 pada tahun 2009,  tetapi rekod terburuk kita pada kedudukan tangga ke 170 pada tahun 2008.

Turun naik sesebuah pasukan bagi aku adalah adat dan lumrah kehidupan dalam dunia, tetapi jika korang tanya aku, apakah aku sanggup melihat bolasepak kita jatuh tangga demi tangga, sudah tentu aku sendiri pon takkan sanggup kalau perkara itu terjadi yang mana bolasepak kita turun dan mundur berterusan. 

Cuma bagi aku tak adillah kalau kita nak kata bahawa bolasepak kite tidak pulih dari kejatuhan dan  berkembang maju kembali, seolah-olah tidak ada walau secubit langsung hasil usaha yang baik telah dilakukan oleh pihak pengurusan FAM dan kejurulatihan yang mahu menaikkan semula martabat dan maruah bolasepak negara.

Dari tahun 2007 lagi sebenarnya kita dah tunjuk peningkatan yang mana skuad U23 kebangsaan kita telah memenangi Pesta Bola Merdeka dimana kali terakhir kita memenangi kejohanan tersebut adalah pada tahun 1993 dan pada tahun 2000 kite kalah 0-2 kepada New Zealand difinal Pesta Bola Merdeka yang berada pada ranking ke 91 dunia dan kita pula pada ranking ke 107 dunia, apakah kita tak perasan bahawa pasukan yang memenangi pingat emas sukan SEA 2009 dan AFF CUP 2010 sebahagiannya adalah pemain dari skuad Pesta Bola Merdeka 2007/8 dan pasukan U23 yang memenangi pingat emas sukan SEA 2011 sebahagiannya diketuai dan dibimbing oleh pemain daripada pemain-pemain sukan SEA 2009 dan AFF CUP 2010, ini bermakna kita berjaya mewujudkan kesinambungan dikalangan pemain generasi baru dan lama?

Dan lagi sedarkah kita New Zealand yang suatu ketika dulu pernah berada pada ranking ke 47 dunia dan layak ke Piala Dunia 1982 dan 2010 yang mana pada ketika itu mereka berada pada kedudukan 63 dunia dan kini mereka telah jatuh ke ranking 130 hanya dalam masa dua tahun, malah mereka pernah berada pada kedudukan terburuk iaitu 156 dunia pada Sep 2007 dan pada perlawanan persahabatan yang terakhir antara New Zealand menentang Fiji pada 2hb June Sabtu kelmarin menyaksikan mereka telah tewas 0-1 kepada Fiji?

Ya Fiji!! Fiji adalah sebuah negara yang dikenali sebagai negara Rugbi yang mana mereka kini berada pada ranking ke 160 dunia telah mengalahkan New Zealand yang berada pada kedudukan 130, tapi sedarkah kita, sebuah negara yang mana masyarakat peminat bolasepak tanah air kita sering diracun pemikiran dan pengetahuannya sebagai sebuah negara rugbi semata-mata itu pernah berada pada kedudukan terbaik mereka iaitu pada ranking ke 94 dunia pada Julai 1994? Apa korang pikir lekeh sangat ke Fiji tu?

Berbalik soal peningkatan mutu dan kemajuan bolasepak tanah air takkanlah langsung kita sebagai peminat bolasepak sanggup membutakan mata dengan mengatakan bahawa bolasepak kita tidak mengalami kemajuan langsung semata-mata kerana bencikan FAM dan orang dalaman yang mentadbir badan induk tersebut?

Sedarkah kita semasa kita memenangi pingat emas sukan SEA pada 2009 ranking kita pada ketika itu berada pada kedudukan 160 dunia dan seterusnya kita melonjak ke tangga 144 setelah kita memenangi AFF Cup 2010, mungkin dari segi peningkatan ranking kita tidaklah begitu ketara sebagaimana yang berlaku kepada jiran kita iaitu Vietnam, tapi apakah kita sedar bahawa Vietnam yang pada masa ini berada diranking 97 juga sedang bergelut dengan masalah rasuah dan mengatur perlawanan didalam liga domestik mereka, yang mana hal ini telah menyebabkan ada penurunan jumlah bilangan penonton hadir menyaksikan perlawanan-perlawanan diantara kelab-kelab mereka, tetapi bagaimana Vietnam mampu memanjat dan memecut ranking FIFA tangga demi tangga itu adalah perkara yang harus kita ketahui dan pelajari.

Thailand yang pada suatu ketika dahulu merupakan antara salah sebuah kuasa atau power house bolasepak Asean dan Asia mencapai kedudukan terbaik mereka diranking 43 dunia pada Sep 1998 dimana kita pula berada diranking ke 113 pada tahun tersebut manakala Vietnam pula berada pada kedudukan 98, tapi apakah kita tahu bahawa pada tahun 1993/94 Vietnam berada pada kedudukan 135/151 manakala kita berada pada tangga 79/89 dan Thailand pula dikedudukan 69/85 pada dua tahun tersebut yang mana kita dan Thailand meninggalkan Vietnam jauh kebelakang, dan kalau kita lihat statistik pasukan Vietnam sendiri bolasepak mereka juga pernah mengalami pasang surut.

Singapura? Aku rasa tak payahlah aku tulis dalam ni, korang sendiri dah maklum, manakala Indonesia pula ada dua kemungkinan, iaitu sama ada bolasepak mereka akan selamat atau bakal diharamkan FIFA akibat sikap para pemimpin dalaman dan tonggak yang giler berpolitik dan berebut kuasa dalam persatuan demi menegakkan benang keegoan masing-masing.

Manakala kita pula tidak kurang hebatnya daripada Indonesia, apa yang aku lihat sekarang, senario yang kita alami ada sedikit persamaan walaupon berbeza isu. Tapi apakah ini yang peminat bolasepak tanah air mahukan, melihat pemimpin kita bertelagah saling salah menyalahkan saling menunding jari dan mengugut serta mengancam itu dan ini demi memperolehi kuasa dan kedudukan yang telah hilang mahupun mengekalkan kuasa yang sedia ada, manakala peminat dan penyokong saling berbalah memaki hamun sesama mereka malah lebih buruk lagi terhadap pemimpin persatuan sendiri, hingga hilang batas-batas dan norma-norma peradaban sebagai seorang muslim, tambah buruk lagi ada segelintir pemimpin yang seolah-olah seperti suka melihat sikap dan perangai pengikut dan penyokongnya yang taksub membabi buta hingga menyinggung orang lain yang bukannya membawa keuntungan kepada beliau malah menambahkan kebencian dan perpecahan antara peminat dan penyokong bolasepak tempatan.

Padahal segelintir daripada mereka sering juga kantoi ditangkap menjadi orang yang cakap tak serupa bikin, hari ni cakap lain esok dia putar lain, apabila kata-kata dan sikap beliau yang lalu telah memakan serta mengena atas batang hidung sendiri, kini mereka telah pusing tukar isu lain untuk mengalih perhatian pengikut-pengikut dan penyokong mereka daripada menyedari kesilapan kata dan laku yang telah mereka lakukan demi menyelamatkan maruah keegoan yang telah terkantoi dihidu oleh sebilangan yang mereka berjaya memecahkan tembelangan mereka yang berjuang untuk kepentingan peribadi.

Secara jujurnya bagi aku, aku berpendapat semenjak tahun 2007-2012 iaitu dalam jangkamasa 5tahun kebelakangan ini, bolasepak kita telah banyak mencapai kemajuan, harus sedar bahawa hampir 20 tahun kita tidak memenangi pingat emas bolasepak dalam sukan SEA dan hampir 14 tahun kita tidak memenangi Pesta Bola Merdeka, jika dalam masa 5 tahun kebelakangan ini masih ada suara sumbang yang mendakwa bolasepak kita masih tidak maju, aku boleh mengatakan bahawa mereka buta dan tamak secara membabi buta serta suka membesar-besarkan keinginan untuk memberontak dan menyalahkan orang lain demi rasa permusuhan dan kebencian semata-mata, dan "Orang yang tidak menyukuri yang sedikit maka mereka takkan mampu menyukuri yang banyak", siapa yang bersyukur pasti Allah tambahkan lagi.

Jangan disebabkan kebencian dan dendam melampau yang bersarang dalam hati dengan segelintir individu, menyebabkan kita tergamak membutakan mata menyokong pihak yang mahu sanggup menghuru-harakan dunia bolasepak tanah air semata-mata demi untuk mencapai agenda tersendiri, (walaupun blog ni bernama Futbol Mad Nation tapi Alhamdulillah buat masa ini masih lagi waras berfikir, bagi aku yang benar tetap benar sekali pon pahit, yang salah tetap salah dan jika aku bersalah aku mohon Allah tutupkan kesalahan aku dunia dan akhirat dan perbaiki kesalahan aku selagi masih bernyawa sebab aku yakin dan pasti aku adalah manusia yang tak lepas dari salah dan silap serta tak semestinya aku betul sentiasa dan salah sepanjang hayat). Jika hal ini berterusan, maka sememangnya tidak mustahil suatu hari nanti kita bakal menyaksikan masa depan bolasepak kita akan kucar kacir dan huru-hara seperti Brunei dan Indonesia..

So, Kalo Nak kritik tu kritiklah untuk membina tapi bukan mengutuk dan menghina orang lain, walau kritikan pedas sekalipun tapi kalau kena gaya dan bahasanya orang boleh terima sekali pun pahit, tapi kalau kata-kata nista cacian makian dan hamun yang kita lontarkan, kemungkinan besar bukan menjadikan masalah tersebut lebih baik malah tak mustahil jadi hancur lebur tunggang terbalik huru hara  yang menyebabkan kebencian dan permusuhan yang panjang lagi jawapnya adalarrr, cari penyelesaian dengan cara terbaik dan kaji kelemahan kita, bukannya AFF Cup tu minggu depan dah nak start tapi gunakan baki masa yang tinggal dengan sebaik mungkin untuk mencari cara dan kaedah bagi saling bantu membantu memperbaiki mutu bolasepak tempatan kita, bukan menjahanamkan pemain dan pasukan sendiri.

Akhir bebelanku.... Selamat maju jaya dan berjuang untuk apa yang ada percaya, hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat sekalipun ada Akta yang menekan cuba menutup mulut kita sebagai masyarakat demokerasbesi.

Friday, May 25, 2012

Anak Harimau Di Seberang Laut

Pergh... gile kentang beb wa cakap sama lu, semenjak Harimau Muda berjaya merampas kembali kejuaraan Pesta Bola Merdeka 2007, dan hanya kalah penalti di final PBM 2008, memenangi pingat emas sukan SEA 2009, membantu Harimau Malaya menjuarai AFF Cup buat kali pertama pada 2010, dan mempertahankan pingat emas pada sukan SEA 2011, kini fenomena terbaru bolasepak Malaysia adalah tumpuan kelab-kelab bolasepak luar negara terhadap pemain-pemain negara kita..


Jika dulu nama-nama seperti Lim Teong Kim, Akmal Rizal, Titus James Palani bermain dibibir peminat sukan bolasepak tempatan, dan juga jutawan bolasepak pertama negara Safee Sali, kita kini dimeriahkan oleh seorang lagi anak harimau iaitu Nazmi Faiz Mansor.


Tetapi harus di ingat, sebelum Nazmi mengikat kontrak dan mencipta nama walaupon belum lagi beraksi secara rasmi dengan S.C. Beira-Mar, terdapat dua orang anak kelahiran Malaysia yang terlebih dahulu telah berjaya mengikat kontrak dengan kelab luar negara iaitu Arif Zulkifly dengan Island Bay United dan Tam Sheang Tsung dengan Shanghai Shenhua.

bersama Nicolas Anelka
Arif dan Nazmi kedua-duanya adalah produk Harimau Muda, berbeza dengan Tam Sheang Tsung, beliau bagaimanapun adalah remaja Malaysia kelahiran Tokyo Jepun, tetapi memiliki kerakyatan Malaysia, ramai juga suara-suara sumbang mengatakan budak cina ini tak berminat untuk bermain dengan pasukan kebangsaan, rilek la broo, umur baru 17, aku percaya sekiranya beliau tidak ada keinginan untuk bermain dengan Malaysia, sudah tentu ibu bapa beliau lebih rela memohon kerakyatan Jepun berbanding dengan Malaysia setelah berbelas tahun disana, tetapi tidak, sebaliknya beliau memiliki kerakyataan Malaysia, dan kita harap moga 3 4 tahun lagi beliau akan menyumbangkan bakti pada tanah air, memandangkan sekarang ini pemain berbangsa cina sangat sedikit yang terbabit dalam kancah bolasepak tanah air jika nak dibandingkan dengan pemain berbangsa India.
buat masa sekarang beliau didaftarkan didalam skuad simpanan
Sebenarnya bukan mereka dan Safee Sali sahaja yang bermain diluar negara untuk musim ini, malah terdapat beberapa lagi seperti Chun Keng Hong, Mohd Suhaidi Akmal, Amir Khata dan Khairul Iskandar yang bermain dengan kelab Liga Divisyen 1 Thailand Chanthaburi FC, iaitu Liga Kedua selepas TPL, tapi ianya tidak terlalu dihebohkan sangat berbading Safee Sali dan Nazmi yang dilihat sebagai nama besar bolasepak tanah air masa kini. Maklumlah taraf liga tersebut bukan liga utama tapi sama taraf dengan liga perdana kite jek... cuma yang aku tekankan kita harus menyebarkan maklumat seluas mungkin bahawa yang pemain-pemain bolasepak tanah air kita sebenarnya ada pasaran diluar negara.


Untuk perkembangan akan datang dikhabarkan akan ada dua lagi pemain dari Harimau Muda yang bakal diberikan peluang untuk sesi pemilihan di Eropah.

Pergh.. alamatnya lepas ni makin banyak laa Akademi Bolasepak berkembang biak kat tanah airku, kini yang terbaru selain daripada Nike the Chance, timbul pulak Allianz yang membuat program tunggalnya di rantau asia tenggara untuk mencungkil bakat muda Malaysia berlatih di Allianz Junior Football Camp di Munich Jerman, dan tak mustahil 2018 kita bakal beraksi dipentas Piala Dunia jika perkembangan menarik ini berterusan, cuma apa yang membimbangkan aku sebagai peminat tegar bolasepak, adalah isu rasuah yang tak putus-putus bersarang dan menjangkiti arena bolasepak kita semenjak Singelapor kembali ke M-League.

Kalau tanya aku apa patut buat dengan masalah ini, tendang saje singe2 itu keluar dari MSL, tarik Harimau Muda dari S.League dan hantar mereka kembali bermain di Slovakia, dan tempat Singelapor di Super League kita gantikan dengan Harimau Muda B, biar budak2 skolah tu mantap skit bersaing dengan taiko2 Super League kite..

Majulah Bolasepak Untuk Malaya..........

Monday, May 14, 2012

Senarai Pemain Yang Terpilih Untuk Perlawanan Persahabatan Dengan Filipina

Inilah dia senarai nama pemain-pemain yang terpilih dalam skuad Dato K. Rajagobal bagi mewakili Malaysia dalam perlawanan persabahatan menentang Filipina pada June nanti. Harap pemain-pemain yang terpilih memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memenangi perlawanan nanti, dan kepada pemain-pemain yang tak terpilih, berusahalah untuk memperbaiki mutu permainan anda... jeng jeng jeng............

cuma aku tak puas hati, kenapa nama Ahmad Hazwan dan Alex Lepeh takde? puii... Safee Sali yang tak perform tu juga dia pilih, harap Safee buktikan yang beliau memang layak dipilih mewakili Malaysia dalam pertemuan menentang Pinoy june nanti..

Monday, May 7, 2012

Dari Facebook Manaf Mamat

Merujuk kepada timeline facebook Manaf Mamat, katanya Peter James Butler telah disahkan untuk menggantikan Mat Zan sebagai ketua jurulatih pasukan Terengganu.

Antara sumber lain yang mengesahkan perletakkan jawatan Peter Butler sebagai ketua jurulatih Persiba Balikpapan, sila baca disini.

Peter Butler Berkemungkinan Kembali Ke Kancah M-League

Di khabarkan Peter James Butler akan ke Terengganu bagi menggantikan Mat Zan Mat Aris yang kemungkinan besar bakal atau telah dipecat sebagai ketua jurulatih pasukan Peteh. Jika hal ini benar-benar terjadi secara rasminya, maka Liga Super Malaysia adalah antara kancah bolasepak yang paling meriah dengan drama swasta minggu ini dirantau Asean.


Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh peminat bolasepak tanah air, ada yang mengatakan Terengganu sengaja mencari penyakit jika mereka benar-benar mengambil Peter Butler sebagai ketua jurulatih pasukan peteh jika berpandukan kepada sejarah karier beliau yang kerap melarikan diri di masa lalu akibat kontroversi yang timbul dengan kelab-kelab yang pernah dibimbingnya, dan yang paling terbaru adalah mengenai isu kelewatan pembayaran gaji pemain-pemain Persiba Balikpapan yang menyertai Liga Super Indonesia berikutan kurangnya dana dan penajaan dari pihak swasta.

Kelantan bersama Peter Butler buat pertama kalinya

Kelantan dibawah kendalian Peter Butler pada musim 2008-2009 adalah antara pasukan yang boleh dikatakan memiliki pencapaian yang agak memberangsangkan dalam kancah Liga Super dengan menduduki tangga ke 6 keseluruhan dan mereka tidak pernah kalah dilaman sendiri dan juga Peter Butler telah berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala FA tetapi kalah kepada Selangor 4-1 melalui penentuan sepakan penalti setelah keputusan seri 1-1 tamat permainan. Beliau kemudiannya meninggalkan Kelantan untuk menyertai Yangon United F.C. sebagaik Technical Director merangkap ketua jurulatih berikutan masalah antara beliau dengan pihak pengurusan KAFA.

Pertikaian mengenai pemain import dengan Tan Sri Annuar Musa

Pada musim 2011 Kelantan gagal untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia setelah kecundang kepada Terengganu 5-3 secara agregat yang seterusnya membawa kepada perletakkan jawatan Dato M. Karathu sebagai ketua jurulatih. Berikutan perletakkan jawatan tersebut Tan Sri Annuar Musa telah membawa kembali Peter James Butler secara "Single Handed" bagi membimbing pasukan Kelantan dalam liga super untuk musim 2012 serta menghadapi cabaran bermain didalam AFC Cup buat pertama kalinya.

Beliau kemudiannya meninggalkan Kelantan buat kali kedua sebelum tamat musim setelah berlaku pertikaian mengenai kritikan beliau terhadap TSAM dalam isu pemilihan pemain import. Tidak seperti AVB yang dipecat oleh RA daripada mengendalikan kem Chelsea berikutan persembahan yang kurang memuaskan ketika pasukan The Blues itu berada pada kedudukan 4 terbaik, PJB sebaliknya meninggalkan Kelantan secara persetujuan bersama dalam keadaan Kelantan masih berada sebagai pendahulu liga super.

Prestasi Persiba Balikpapan dalam kancah ISL dibawah kendalian PJB

Persiba Balikpapan sebelum kehadiran PJB untuk kali kedua bagi melatih pasukan kelab ISL tersebut yang sedang berada pada kedudukan ke 9 carta liga sebelum melonjak ke kedudukan ke 4 setelah mengharungi beberapa perlawanan dengan rekod yang memberangsangkan diantaranya mereka telah membenam pasukan yang diwakili oleh jutawan bolasepak negera kita iaitu Pelitajaya dengan keputusan 3-1, dan kini mereka sedang berada dikedudukan ke 5 setelah mengalahkan PSMS Medan 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung pada 4 Mei 2012.

Jika merujuk kembali kepada rekod pencapaian beliau dengan pasukan-pasukan terdahulu, Peter Butler kerap membimbing pasukan yang bergelut untuk memperbaiki ranking mereka dalam sesuatu liga ke kedudukan yang lebih baik atau menyelamatkan pasukan daripada tersingkir ke liga bawahan, dan hasilnya beliau berjaya mencapai matlamat tersebut.

Kekalutan di ISL yang membuatkan PJB kembali ke MSL

Indonesia Super League pada ketika ini berhadapan dengan dihimpit pelbagai masalah yang sedang hangat memporak perandakan kancah bolasepak Indonesia dan juga PSSI sebagai badan induk tertinggi bolasepak negara Garuda. Selain daripada masalah 2 liga utama yang berlangsung di arena bolasepak negara itu yang membawa perbalahan dan pertikaian pemimpin dan pengiat sukan bolasepak Indonesia, dikhabarkan beberapa buah kelab yang menyertai ISL turut menghadapi masalah pembayaran gaji pemain yang tidak hanya berlaku kepada Persiba Balikpapan.

Dan jika dirujuk kepada laman twitter Peter Butler, jurulatih kelahiran England ini seolah-olah berhadapan dengan pelbagai masalah dan kerenah yang menyebabkan kemungkinan besar beliau terpaksa kembali ke kancah bolasepak Malaysia.


Daripada pemerhatian aku dilaman twitter beliau, sebenarnya PJB lebih menyukai untuk berada dikancah bolasepak Malaysia, yang mempunyai corak urus tadbir yang agak baik dan peraturan yang jelas serta menitik beratkan mutu profesionalisma disamping berkemahuan untuk memperbaiki kualiti bolasepak dinegara ini sendiri, walaupon kerap kali badan induk sukan terbabit dicemuh dan dipertikaikan akibat daripada prestasi dan ranking yang semakin menurun baru-baru ini.

Hal ini jelas berbeza dengan kancah bolasepak Indonesia yang kelihatan cukup porak peranda hingga memaksa wakil daripada AFC turun ke PSSI bagi membantu untuk menyelesaikan masalah yang melanda badan induk bolasepak negara Garuda tersebut, padahal tenaga-tenaga profesional yang menguruskan badan induk tersebut bukanlah dari kalangan kerabat diraja malah mereka lebih vokal dan bebas untuk mengkritik serta menyatakan pandangan mereka tanpa ada halangan oleh mana-mana statut yang boleh digunakan untuk mengambil tindakkan terhadap tingkah laku dan kelantangan pemimpin-pemimpin badan induk tersebut(oleh kerana itu maka tunggang-langganglah jadinya sebab asyik bertekak-berbalah berebut kuasa menunjuk handal dan lebih teruk berpolitik dari politikus, akhirnya yang jadi mangsa adalah kelab-kelab dan pemain serta peminat bolasepak dinegara mereka sendiri).

Peter Butler vs Mat Zan

Secara jujurnya pada pendapat aku, corak taktikal serta kreativiti coach MZMA tidaklah memberangsangkan jika dibandingkan dengan coach peteh sebelumnya iaitu Hj Irfan Bakti, jika Terengganu tidak memiliki begitu ramai pemain-pemain kebangsaan dan import yang bagus, berkemungkinan besar mereka telah lama berada dipertengahan liga dan tidak akan melepasi hingga ke peringkat separuh akhir Piala FA dan pusingan kalah mati Piala AFC.

Mengenai Peter Butler pula, walaupon beliau dikenali sebagai jurulatih berbangsa Inggeris yang dikatakan kerap menerapkan corak hantaran jauh atau style permainan ala-ala kelab EPL, tetapi strategi dan taktikal serta kreativiti beliau masih membuahkan hasil yang baik dan menarik untuk setiap pasukan yang dibimbingi oleh beliau, dan beliau kelihatan mempunyai karisma yang tersendiri ketika membimbing pasukannya.

Walaubagaimanapun, hal ini adalah masih terlalu awal untuk diulas dengan lebih lanjut memandangkan kedudukan beliau dan Mat Zan belum diputuskan secara rasmi, oleh itu, sama-samalah kita nantikan perkembangan menarik yang bakal melanda skuad peteh dan kancah liga super musim ini.