Pergh... gile kentang beb wa cakap sama lu, semenjak Harimau Muda berjaya merampas kembali kejuaraan Pesta Bola Merdeka 2007, dan hanya kalah penalti di final PBM 2008, memenangi pingat emas sukan SEA 2009, membantu Harimau Malaya menjuarai AFF Cup buat kali pertama pada 2010, dan mempertahankan pingat emas pada sukan SEA 2011, kini fenomena terbaru bolasepak Malaysia adalah tumpuan kelab-kelab bolasepak luar negara terhadap pemain-pemain negara kita..
Jika dulu nama-nama seperti Lim Teong Kim, Akmal Rizal, Titus James Palani bermain dibibir peminat sukan bolasepak tempatan, dan juga jutawan bolasepak pertama negara Safee Sali, kita kini dimeriahkan oleh seorang lagi anak harimau iaitu Nazmi Faiz Mansor.
Tetapi harus di ingat, sebelum
Nazmi mengikat kontrak dan mencipta nama walaupon belum lagi beraksi secara rasmi dengan S.C. Beira-Mar, terdapat dua orang anak kelahiran Malaysia yang terlebih dahulu telah berjaya mengikat kontrak dengan kelab luar negara iaitu
Arif Zulkifly dengan Island Bay United dan
Tam Sheang Tsung dengan Shanghai Shenhua.
|
bersama Nicolas Anelka |
Arif dan Nazmi kedua-duanya adalah produk Harimau Muda, berbeza dengan Tam Sheang Tsung, beliau bagaimanapun adalah remaja Malaysia kelahiran Tokyo Jepun, tetapi memiliki kerakyatan Malaysia, ramai juga suara-suara sumbang mengatakan budak cina ini tak berminat untuk bermain dengan pasukan kebangsaan, rilek la broo, umur baru 17, aku percaya sekiranya beliau tidak ada keinginan untuk bermain dengan Malaysia, sudah tentu ibu bapa beliau lebih rela memohon kerakyatan Jepun berbanding dengan Malaysia setelah berbelas tahun disana, tetapi tidak, sebaliknya beliau memiliki kerakyataan Malaysia, dan kita harap moga 3 4 tahun lagi beliau akan menyumbangkan bakti pada tanah air, memandangkan sekarang ini pemain berbangsa cina sangat sedikit yang terbabit dalam kancah bolasepak tanah air jika nak dibandingkan dengan pemain berbangsa India.
|
buat masa sekarang beliau didaftarkan didalam skuad simpanan |
Sebenarnya bukan mereka dan Safee Sali sahaja yang bermain diluar negara untuk musim ini, malah terdapat beberapa lagi seperti Chun Keng Hong, Mohd Suhaidi Akmal, Amir Khata dan Khairul Iskandar yang bermain dengan kelab
Liga Divisyen 1 Thailand Chanthaburi FC, iaitu Liga Kedua selepas TPL, tapi ianya tidak terlalu dihebohkan sangat berbading Safee Sali dan Nazmi yang dilihat sebagai nama besar bolasepak tanah air masa kini. Maklumlah taraf liga tersebut bukan liga utama tapi sama taraf dengan liga perdana kite jek... cuma yang aku tekankan kita harus menyebarkan maklumat seluas mungkin bahawa yang pemain-pemain bolasepak tanah air kita sebenarnya ada pasaran diluar negara.
Untuk perkembangan akan datang dikhabarkan akan ada dua lagi pemain dari Harimau Muda yang bakal diberikan peluang untuk sesi pemilihan di Eropah.
Pergh.. alamatnya lepas ni makin banyak laa Akademi Bolasepak berkembang biak kat tanah airku, kini yang terbaru selain daripada Nike the Chance, timbul pulak
Allianz yang membuat program tunggalnya di rantau asia tenggara untuk mencungkil bakat muda Malaysia berlatih di Allianz Junior Football Camp di Munich Jerman, dan tak mustahil 2018 kita bakal beraksi dipentas Piala Dunia jika perkembangan menarik ini berterusan, cuma apa yang membimbangkan aku sebagai peminat tegar bolasepak, adalah isu rasuah yang tak putus-putus bersarang dan menjangkiti arena bolasepak kita semenjak Singelapor kembali ke M-League.
Kalau tanya aku apa patut buat dengan masalah ini, tendang saje singe2 itu keluar dari MSL, tarik Harimau Muda dari S.League dan hantar mereka kembali bermain di Slovakia, dan tempat Singelapor di Super League kita gantikan dengan Harimau Muda B, biar budak2 skolah tu mantap skit bersaing dengan taiko2 Super League kite..
Majulah Bolasepak Untuk Malaya..........
No comments:
Post a Comment