Kepada penyokong kelantan yang terbaca post aku ni, rilek, jangan cepat melenting, korang kena sedar kenapa media dan masyarakat bolasepak di Malaysia kerap mengaitkan keganasan atau budaya hooligans bolasepak dengan orang Kelantan. Sejarah dan budaya gedebe bolasepak dalam masyarakat Kelantan memang cukup popular, bukanlah maksud aku semuanya salah orang Kelantan, macam la negeri lain takde wat hal tapi peratusan sejarah budaya gedebe dalam bolasepak masyarakat Kelantan adalah lebih tinggi dari negeri lain semenjak zaman 80 an dan 90 an lagi.
Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa cukup bijak memanfaatkan teknologi media sosial dengan memberikan peringatan awal terhadap para penyokong Kelantan agar tidak membaling sebarang objek ke perkarangan stadium ketika perlawanan AFC Cup atau jika tidak KAFA akan dikenakan denda RM5000 bagi setiap objek yang dibaling, jadi jika hal ini berlaku juga apakah FAM akan turut dipersalahkan oleh penyokong Kelantan dan Terengganu apabila mereka didenda berpuluh-puluh ribu ringgit, sedangkan amaran dan undang-undang tersebut diwartakan oleh pihak AFC?
Akhirnya penyokong Kelantan telah memberikan feedback yang positif terhadap peringatan TSAM dan mereka kelihatan semakin matang dan lebih sporting serta bijak mengawal emosi, malah mereka kini dikenali antara penyokong tuan rumah yang memberikan layanan mesra kepada penyokong pelawat walaupon masih ada segelintir penyokong yang melakukan provokasi kecil. Sebaliknya akhir-akhir ini penyokong-penyokong Negeri Sembilan dan Sarawak serta Johor FC pula yang buat hal juga. Apa sudah jadi korang? Dulu masyarakat kerap menunding jari kepada penyokong Kelantan akhirnya kini sudah terbalik?
Sepatutnya mana-mana pengurusan persatuan bolasepak negeri mahupun kelab mengambil iktibar mengenai apa yang telah Kelantan FA dan para penyokong mereka hadapi, tetapi nampaknya tidak.
Bagi aku Timb Presiden Sarawak FA ibarat orang yang melatah, apakah beliau tidak mempelajari apa KAFA dan penyokong Kelantan lalui? Mereka merasakan seolah-olah FAM telah membunuh bolasepak mereka, bagi aku nasib baiklah mereka dikenakan hukuman bermain di stadium tanpa penyokong sebanyak 4 perlawanan, kalau kena macam Kelantan? Tidak boleh bermain di stadium mereka sendiri hingga tamat musim(akhirnya atas budi bicara, KAFA dikenakan hukuman tidak boleh bermain 6 perlawanan di stadium mereka) macam mana?
Dan lagi kritikkan TSAM tidaklah sebrutal Timbalan Presiden FAS, walaupon ada perkara yang aku tak berapa setuju dengan TSAM tetapi cara beliau melontarkan kritikan itu tidaklah kelihatan begitu emosional walaupon beliau tak dapat menyembunyikan rasa kecewa, berbanding dengan Timb Presiden FAS yang bagi aku beliau tersangatlah emosi dengan membuat kritikan terbuka terhadap FAM melalui media elektronik hingga menyebabkan beliau didenda dan digantung selama 8 bulan, nasib baik tak kena 30bulan. Bukan maksud aku FAM tidak boleh di kritik, memang benar sebahagian undang-undang atau statut FAM yang diguna pakai sekarang ini sudah ketinggalan zaman, cuma kita sebagai pihak atasan bagi mana-mana persatuan harus sedar dengan apa yang telah termaktub dan bersedia untuk memikul tanggung jawap jika berlaku sesuatu kesalahan dari pihak kita, kenapa sekarang baru nak kritik itu ini tak adil setelah dikenakan tindakkan, padahal sebagai ahli gabungan kita harus telah maklum tentang segala-galanya.
Timbalan Presiden FAS mengkritik tindakkan FAM yang mengenakan hukuman berat terhadap mereka dengan mengatakan perbuatan tersebut hanya dilakukan oleh segelintir penyokong, hadoii... kamon laa bro.. Kes lu dengan Klate dulu tak jauh beza la, tapi takkan la nak tunggu habis satu stadium bertindak ganas baru nak denda dan hukum untuk mendidik penyokong? stupid laa kalo macam tu.. terlajak perahu boleh diundur terlajak baling botol? camner nak undur? Takkan la bila polis tu dah mati katak kena blasah dengan penyokong baru lu nak sedar?
Kemudian ada pula segelintir orang-orang Sarawak mengatakan FAM menganak tirikan FAS dengan mengenakan hukuman berat tersebut, "mentang-mentanglah Sarawak bukan semenanjung", ada juga yang buat statement macam ni? Padahal mungkin mereka lupa, atau mereka tidak tahu atau memang buat-buat tak tahu mengenai Kelantan FA yang dikenakan hukuman lebih teruk dari Sarawak FA.
Bagi aku orang yang buat statement begitu adalah mereka yang sememangnya sudah lama memendam rasa tidak puas hati didalam hati mereka terhadap Semenanjung dan sengaja menggunakan isu ini untuk melaga-lagakan dan menambahkan kebencian mereka terhadap orang Semenanjung, hinggakan timbul desakkan terhadap FAS supaya keluar daripada gabungan FAM, malah ada dikalangan penyokong nakal mereka yang menganjurkan supaya Sarawak keluar dari Malaysia dan beranggapan bahawa negeri mereka selama ini tidak maju kerana menyertai Malaysia dan jika keluar daripada Malaysia mereka akan maju dan kaya raya seperti Brunei dan Singapura.
Secara jujurnya bagi aku hal sukan dan politik tak perlulah dicampur aduk, tapi kalau negeri Sarawak tak maju dan miskin itu kena tanya dengan Ketua Menteri Sarawak dan para menteri-menteri muda mereka apa yang mereka dah buat dengan hasil kekayaan bumi Sarawak, dan bagi aku sudah masanya orang Sarawak menukar pemimpin dan parti yang memerintah baik di Sarawak secara khususnya mahupun di Malaysia itu sendiri secara amnya, mungkin ada yang pening lalat baca tulisan aku tapi siapa yang matang pasti tahu hakikat sebenar siapa yang telah membazirkan hasil kekayaan negeri Sarawak.
Yang terbaru Timbalan Presiden FAS telah dikenakan hukuman denda RM 8000 dan penggantungan selama 8 bulan kerana mengkritik FAM melalui media secara terbuka, bagi aku kritikkan yang dibuat oleh orang no 2 FAS sebelum ini adalah bersifat emosi dalam meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap hukuman yang dikenakan oleh FAM, beliau seolah-olah sengaja memperbesar-besarkan isu ketidak wajaran FAM dengan menghukum FAS tanpa perbicaraan tetapi dalam masa yang sama beliau lupa atau sengaja buat-buat lupa mengenai penyokong Sarawak yang membelasah polis hingga pengsan, walaupon bagi aku tindakkan polis tu macam agak keterlaluan dengan membelantan penyokong Sarawak yang memprovokasi terhadap penyokong Kelantan tempoh hari, tetapi jika anggota polis tersebut tidak mengambil tindakkan sedemikian, mungkin pergaduhan yang lebih besar akan tercetus.
Seharusnya kesemua penyokong-penyokong dan peminat bolasepak mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi sebelum ini, pihak pengurusan bukan hanya berperanan untuk melatih pemain tetapi juga untuk mendidik para penyokong supaya tidak bertindak diluar batasan, dan moga dengan kejadian ini bakal merubah sikap dan kematangan penyokong supaya lebih cerdik dan berhemah ketika berada di stadium, jangan biarkan tindakkan bodoh kita akan menyebabkan pasukan kesayangan kita ditimpa nasib ibarat orang yang jatuh ditimpa tangga.
No comments:
Post a Comment