Sunday, May 6, 2012

Siapa Lagi Pemain Harimau Muda A Yang Akan Di Lamar

Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam dan Nazmi Faiz dikatakan telah sah akan beraksi diluar negara tidak lama lagi dan ini adalah perkembangan terbaru yang menarik, sebelum ini hanya Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam sahaja yang benar-benar telah disahkan akan beraksi dengan FC Ryuku bermula pada bulan Julai akan datang manakala Cardiff City pula berura-ura mahu mendapatkan pemain yang dilabelkan sebagai "The Malaysian Wonderkid" untuk bermain dengan mereka, tetapi sebelum itu Nazmi akan dihantar bermain dengan salah sebuah kelab di Australia yang mempunyai MOU dengan Cardiff City.

Walaubagaimanapun OKS enggan menyatakan kelab manakah yang telah berminat untuk mendapatkan Nazmi Faiz tetapi perbincangan lanjut telah dijalankan antara kedua-dua belah pihak.

Aku malas nak mengulas lanjut hal ni memandangkan berita mengenai perkara ini telah banyak tersebar, cuma aku tertanya-tanya siapakah pula yang bakal dilamar selepas ini oleh kelab-kelab luar negara setelah pasukan Harimau Muda menjadi satu-satunya pasukan dari Asean yang berjaya melayakkan diri kepusingan ketiga bagi kelayakkan Olimpik 2012, telah membuka mata ramai pihak dan pasukan-pasukan U23 kebangsaan dari China dan Iran untuk menguji mereka dalam perlawanan persahabatan bagi melakukan persediaan untuk menghadapi kejohanan Piala Asia U22 akan datang.

Nama-nama seperti Syahrul Azawari, Fadhli Shas, Gary Steven Robbat, Irfan Fazail, Ahmad Hazwan dan Ameer Saidin adalah nama-nama yang bermain dibenakku, tetapi dalam masa yang sama aku masih tertanya-tanya kemana gerangannya si cilik handal Wan Kuzain Wan Kamal menghilang?


No comments:

Post a Comment