Thursday, May 3, 2012

Akademi Bolasepak Di Malaysia Bak Cendawan Selepas Hujan

Aku perhatikan sejak tahun 2009 hinggalah sekarang, suasana  perkembangan bolasepak ditanah air semakin berkembang pesat dan apa yang lebih menarik adalah akademi-akademi bolasepak baru yang ditubuhkan berkembang biak bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Selain daripada Akademi Bolasepak Kebangsaan yang katanya hampir 60% telah siap dan boleh digunakan menjelang Sukma akan datang yang bakal berlangsung untuk edisi 2012 di Pahang nanti, disini aku senaraikan beberapa buah akademi yang telah dan baru ditubuhkan dan boleh dikatakan bahawa mereka benar-benar bersungguh untuk memartabatkan bolasepak tanah air serta memiliki kemudahan asas yang mencukupi sebagai sebuah akademi baik yang dimikili oleh pertubuhan seperti persatuan bolasepak mahupun kelab-kelab bolasepak tempatan, tetapi dalam posting terbaru aku berkenaan akademi bolasepak ini, aku tidak akan menyenarai akademi atau sekolah bolasepak yang ditubuhkan secara kerja sama dengan mana-mana kelab bolasepak eropah yang telah ada di Malaysia.

Perak :
Dikhabarkan Perak bakal menubuhkan akademi bolasepak mereka sendiri yang bakal diterajui oleh bekas pemain import mereka iaitu Josko Farac dan proses penubuhannya akan bermula beberapa bulan lagi, dan Josko akan menerapkan modul yang diguna pakai oleh negara beliau iaitu Croatia, yang mana walaupon negaranya tidak memiliki kemudahan yang baik seperti Malaysia, tetapi mereka masih mampu berada pada ranking ke 8 FIFA dan antara negara yang paling ramai membekalkan pemain-pemain bolasepak keserata dunia.

Terengganu :
Terengganu dulunya sudah ada Akademi Bolasepak FAM Terengganu yang bermula dari tahun 1995, tapi kemudian ditutup pada tahun 2007, dan kini mereka dalam proses untuk membina sebuah akademi baharu yang serba lengkap dengan bajet berjumlah RM1 juta dan ianya akan diletakkan dibawah Majlis Sukan Negeri Terengganu dibawah pengendalian Cheku Marzuki Cheku Mohd Nor.

Selangor :
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Selangor merupakan antara powerhouse bolasepak di Malaysia dan merupakan salah satu kelab terkemuka dirantau Asia suatu ketika dahulu, antara kelab-kelab bolasepak di Selangor yang mempunyai akademi bolasepak masing-masing adalah seperti :

Akademi Bolasepak Selangor
Akademi Bolasepak PKNS
Akademi Bolasepak PNSB
Akademi Bolasepak Khaff
Akademi Bolasepak MBPJ
Akademi Bolasepak Remaja Black Eagles

Kuala Lumpur :
KLFA Football Academy KLFA adalah antara persatuan bolasepak yang memiliki akademi bolasepak yang baharu dan boleh dikatakan antara akademi bolasepak yang mempunyai kemudahan yang serba lengkap dan terbaik darisegi kemudahan padang latihan, gimnasium dan lain-lain.

Akademi Bolasepak Pro Harimau Remaja
Pelatih-pelatih Akademi Bolasepak Pro Harimau Remaja

Pahang :
Pahang First Touch adalah sebuah kelab bolasepak yang ditubuhkan 20 tahun lepas dan kini mereka giat mencungkil bakat baru untuk mebina pasukan remaja bagi menyertai liga bolasepak yang dianjurkan oleh Pahang FA.


Frenz United Football Academy yang bertempat di Janda Baik Pahang ditubuhkan dengan tujuan untuk melahirkan bakat-bakat baru pemain yang bertaraf profesional yang dikumpul dari seluruh Malaysia, mempunyai kemudahan asrama yang baik, gimnasium, padang latihan yang mengikut spesifikasi FIFA dan jurulatih yang berpengalaman luas.


Kelantan :
Akademi Al-Hamra Red Warriors - Kelantan pada masa sekarang adalah kuasa bolasepak baru di Malaysia, dengan sokongan peminat yang begitu ghairah setiap kali pasukan mereka beraksi terutama di stadium mereka sendiri, mereka telah pon mengorak langkah dengan menubuhkan akademi mereka sendiri yang dikenali sebagai ARMY dan dahulunya akademi ini dikendalikan oleh bekas jurulatih kebangsaan iaitu B. Sathianathan tetapi kini akademi tersebut diletakkan dibawah kendalian Bojan Hodak yang juga merangkap sebagai Head Coach  pasukan Kelantan FA.

Kedah :
Kedah Kenari Kids - Pada tahun lepas KFA telah bercadang untuk menubuhkan sebuah akademi bolasepak bagi mengembalikan kegemilangan bolasepak mereka yang pada masa kini dilihat agak lesu dipersana liga super, buat masa ini program kenari kids telah dijalankan sebagai permulaan kearah penubuhan akademi bolasepak mereka.

Negeri Sembilan & Melaka :
Pada 2010 dulu katanya KBS bercadang untuk membina akademi bolasepak di Melaka, tapi sampai sekarang tak tau apa cerita, sesapa yang tau tu tolong kasi komen.

Sarawak :
Akademi Bolasepak Yayasan Sarawak
Akademi Bolasepak Miri
Sarawak juga kini giat membangunkan program bolasepak diperingkat akar umbi dengan menerapkan modul pembangunan bolasepak Australia.

Sebenarnya banyak lagi akademi-akademi bolasepak yang ditubuhkan oleh kelab-kelab bolasepak, tapi aku tak larat nak sertakan semua, kalo korang nak tau pegi je la kat fb tu search akademi bolasepak, berderet keluar, tu belum lagi masuk klinik-klinik bolasepak yang dijalankan, buat masa ni.. ini je lah yang aku rajin nak bubuh... Dan pada masa sekarang klinik-klinik bolasepak sedang giat dianjurkan, bleh chek kat sini.

1 comment:

  1. First Touch Pahang tu saya rase ni link web dia - www.facebook.com/firsttouchfc .
    TQ

    ReplyDelete