Monday, May 7, 2012

Peter Butler Berkemungkinan Kembali Ke Kancah M-League

Di khabarkan Peter James Butler akan ke Terengganu bagi menggantikan Mat Zan Mat Aris yang kemungkinan besar bakal atau telah dipecat sebagai ketua jurulatih pasukan Peteh. Jika hal ini benar-benar terjadi secara rasminya, maka Liga Super Malaysia adalah antara kancah bolasepak yang paling meriah dengan drama swasta minggu ini dirantau Asean.


Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh peminat bolasepak tanah air, ada yang mengatakan Terengganu sengaja mencari penyakit jika mereka benar-benar mengambil Peter Butler sebagai ketua jurulatih pasukan peteh jika berpandukan kepada sejarah karier beliau yang kerap melarikan diri di masa lalu akibat kontroversi yang timbul dengan kelab-kelab yang pernah dibimbingnya, dan yang paling terbaru adalah mengenai isu kelewatan pembayaran gaji pemain-pemain Persiba Balikpapan yang menyertai Liga Super Indonesia berikutan kurangnya dana dan penajaan dari pihak swasta.

Kelantan bersama Peter Butler buat pertama kalinya

Kelantan dibawah kendalian Peter Butler pada musim 2008-2009 adalah antara pasukan yang boleh dikatakan memiliki pencapaian yang agak memberangsangkan dalam kancah Liga Super dengan menduduki tangga ke 6 keseluruhan dan mereka tidak pernah kalah dilaman sendiri dan juga Peter Butler telah berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala FA tetapi kalah kepada Selangor 4-1 melalui penentuan sepakan penalti setelah keputusan seri 1-1 tamat permainan. Beliau kemudiannya meninggalkan Kelantan untuk menyertai Yangon United F.C. sebagaik Technical Director merangkap ketua jurulatih berikutan masalah antara beliau dengan pihak pengurusan KAFA.

Pertikaian mengenai pemain import dengan Tan Sri Annuar Musa

Pada musim 2011 Kelantan gagal untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia setelah kecundang kepada Terengganu 5-3 secara agregat yang seterusnya membawa kepada perletakkan jawatan Dato M. Karathu sebagai ketua jurulatih. Berikutan perletakkan jawatan tersebut Tan Sri Annuar Musa telah membawa kembali Peter James Butler secara "Single Handed" bagi membimbing pasukan Kelantan dalam liga super untuk musim 2012 serta menghadapi cabaran bermain didalam AFC Cup buat pertama kalinya.

Beliau kemudiannya meninggalkan Kelantan buat kali kedua sebelum tamat musim setelah berlaku pertikaian mengenai kritikan beliau terhadap TSAM dalam isu pemilihan pemain import. Tidak seperti AVB yang dipecat oleh RA daripada mengendalikan kem Chelsea berikutan persembahan yang kurang memuaskan ketika pasukan The Blues itu berada pada kedudukan 4 terbaik, PJB sebaliknya meninggalkan Kelantan secara persetujuan bersama dalam keadaan Kelantan masih berada sebagai pendahulu liga super.

Prestasi Persiba Balikpapan dalam kancah ISL dibawah kendalian PJB

Persiba Balikpapan sebelum kehadiran PJB untuk kali kedua bagi melatih pasukan kelab ISL tersebut yang sedang berada pada kedudukan ke 9 carta liga sebelum melonjak ke kedudukan ke 4 setelah mengharungi beberapa perlawanan dengan rekod yang memberangsangkan diantaranya mereka telah membenam pasukan yang diwakili oleh jutawan bolasepak negera kita iaitu Pelitajaya dengan keputusan 3-1, dan kini mereka sedang berada dikedudukan ke 5 setelah mengalahkan PSMS Medan 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung pada 4 Mei 2012.

Jika merujuk kembali kepada rekod pencapaian beliau dengan pasukan-pasukan terdahulu, Peter Butler kerap membimbing pasukan yang bergelut untuk memperbaiki ranking mereka dalam sesuatu liga ke kedudukan yang lebih baik atau menyelamatkan pasukan daripada tersingkir ke liga bawahan, dan hasilnya beliau berjaya mencapai matlamat tersebut.

Kekalutan di ISL yang membuatkan PJB kembali ke MSL

Indonesia Super League pada ketika ini berhadapan dengan dihimpit pelbagai masalah yang sedang hangat memporak perandakan kancah bolasepak Indonesia dan juga PSSI sebagai badan induk tertinggi bolasepak negara Garuda. Selain daripada masalah 2 liga utama yang berlangsung di arena bolasepak negara itu yang membawa perbalahan dan pertikaian pemimpin dan pengiat sukan bolasepak Indonesia, dikhabarkan beberapa buah kelab yang menyertai ISL turut menghadapi masalah pembayaran gaji pemain yang tidak hanya berlaku kepada Persiba Balikpapan.

Dan jika dirujuk kepada laman twitter Peter Butler, jurulatih kelahiran England ini seolah-olah berhadapan dengan pelbagai masalah dan kerenah yang menyebabkan kemungkinan besar beliau terpaksa kembali ke kancah bolasepak Malaysia.


Daripada pemerhatian aku dilaman twitter beliau, sebenarnya PJB lebih menyukai untuk berada dikancah bolasepak Malaysia, yang mempunyai corak urus tadbir yang agak baik dan peraturan yang jelas serta menitik beratkan mutu profesionalisma disamping berkemahuan untuk memperbaiki kualiti bolasepak dinegara ini sendiri, walaupon kerap kali badan induk sukan terbabit dicemuh dan dipertikaikan akibat daripada prestasi dan ranking yang semakin menurun baru-baru ini.

Hal ini jelas berbeza dengan kancah bolasepak Indonesia yang kelihatan cukup porak peranda hingga memaksa wakil daripada AFC turun ke PSSI bagi membantu untuk menyelesaikan masalah yang melanda badan induk bolasepak negara Garuda tersebut, padahal tenaga-tenaga profesional yang menguruskan badan induk tersebut bukanlah dari kalangan kerabat diraja malah mereka lebih vokal dan bebas untuk mengkritik serta menyatakan pandangan mereka tanpa ada halangan oleh mana-mana statut yang boleh digunakan untuk mengambil tindakkan terhadap tingkah laku dan kelantangan pemimpin-pemimpin badan induk tersebut(oleh kerana itu maka tunggang-langganglah jadinya sebab asyik bertekak-berbalah berebut kuasa menunjuk handal dan lebih teruk berpolitik dari politikus, akhirnya yang jadi mangsa adalah kelab-kelab dan pemain serta peminat bolasepak dinegara mereka sendiri).

Peter Butler vs Mat Zan

Secara jujurnya pada pendapat aku, corak taktikal serta kreativiti coach MZMA tidaklah memberangsangkan jika dibandingkan dengan coach peteh sebelumnya iaitu Hj Irfan Bakti, jika Terengganu tidak memiliki begitu ramai pemain-pemain kebangsaan dan import yang bagus, berkemungkinan besar mereka telah lama berada dipertengahan liga dan tidak akan melepasi hingga ke peringkat separuh akhir Piala FA dan pusingan kalah mati Piala AFC.

Mengenai Peter Butler pula, walaupon beliau dikenali sebagai jurulatih berbangsa Inggeris yang dikatakan kerap menerapkan corak hantaran jauh atau style permainan ala-ala kelab EPL, tetapi strategi dan taktikal serta kreativiti beliau masih membuahkan hasil yang baik dan menarik untuk setiap pasukan yang dibimbingi oleh beliau, dan beliau kelihatan mempunyai karisma yang tersendiri ketika membimbing pasukannya.

Walaubagaimanapun, hal ini adalah masih terlalu awal untuk diulas dengan lebih lanjut memandangkan kedudukan beliau dan Mat Zan belum diputuskan secara rasmi, oleh itu, sama-samalah kita nantikan perkembangan menarik yang bakal melanda skuad peteh dan kancah liga super musim ini.

No comments:

Post a Comment