Friday, May 25, 2012

Anak Harimau Di Seberang Laut

Pergh... gile kentang beb wa cakap sama lu, semenjak Harimau Muda berjaya merampas kembali kejuaraan Pesta Bola Merdeka 2007, dan hanya kalah penalti di final PBM 2008, memenangi pingat emas sukan SEA 2009, membantu Harimau Malaya menjuarai AFF Cup buat kali pertama pada 2010, dan mempertahankan pingat emas pada sukan SEA 2011, kini fenomena terbaru bolasepak Malaysia adalah tumpuan kelab-kelab bolasepak luar negara terhadap pemain-pemain negara kita..


Jika dulu nama-nama seperti Lim Teong Kim, Akmal Rizal, Titus James Palani bermain dibibir peminat sukan bolasepak tempatan, dan juga jutawan bolasepak pertama negara Safee Sali, kita kini dimeriahkan oleh seorang lagi anak harimau iaitu Nazmi Faiz Mansor.


Tetapi harus di ingat, sebelum Nazmi mengikat kontrak dan mencipta nama walaupon belum lagi beraksi secara rasmi dengan S.C. Beira-Mar, terdapat dua orang anak kelahiran Malaysia yang terlebih dahulu telah berjaya mengikat kontrak dengan kelab luar negara iaitu Arif Zulkifly dengan Island Bay United dan Tam Sheang Tsung dengan Shanghai Shenhua.

bersama Nicolas Anelka
Arif dan Nazmi kedua-duanya adalah produk Harimau Muda, berbeza dengan Tam Sheang Tsung, beliau bagaimanapun adalah remaja Malaysia kelahiran Tokyo Jepun, tetapi memiliki kerakyatan Malaysia, ramai juga suara-suara sumbang mengatakan budak cina ini tak berminat untuk bermain dengan pasukan kebangsaan, rilek la broo, umur baru 17, aku percaya sekiranya beliau tidak ada keinginan untuk bermain dengan Malaysia, sudah tentu ibu bapa beliau lebih rela memohon kerakyatan Jepun berbanding dengan Malaysia setelah berbelas tahun disana, tetapi tidak, sebaliknya beliau memiliki kerakyataan Malaysia, dan kita harap moga 3 4 tahun lagi beliau akan menyumbangkan bakti pada tanah air, memandangkan sekarang ini pemain berbangsa cina sangat sedikit yang terbabit dalam kancah bolasepak tanah air jika nak dibandingkan dengan pemain berbangsa India.
buat masa sekarang beliau didaftarkan didalam skuad simpanan
Sebenarnya bukan mereka dan Safee Sali sahaja yang bermain diluar negara untuk musim ini, malah terdapat beberapa lagi seperti Chun Keng Hong, Mohd Suhaidi Akmal, Amir Khata dan Khairul Iskandar yang bermain dengan kelab Liga Divisyen 1 Thailand Chanthaburi FC, iaitu Liga Kedua selepas TPL, tapi ianya tidak terlalu dihebohkan sangat berbading Safee Sali dan Nazmi yang dilihat sebagai nama besar bolasepak tanah air masa kini. Maklumlah taraf liga tersebut bukan liga utama tapi sama taraf dengan liga perdana kite jek... cuma yang aku tekankan kita harus menyebarkan maklumat seluas mungkin bahawa yang pemain-pemain bolasepak tanah air kita sebenarnya ada pasaran diluar negara.


Untuk perkembangan akan datang dikhabarkan akan ada dua lagi pemain dari Harimau Muda yang bakal diberikan peluang untuk sesi pemilihan di Eropah.

Pergh.. alamatnya lepas ni makin banyak laa Akademi Bolasepak berkembang biak kat tanah airku, kini yang terbaru selain daripada Nike the Chance, timbul pulak Allianz yang membuat program tunggalnya di rantau asia tenggara untuk mencungkil bakat muda Malaysia berlatih di Allianz Junior Football Camp di Munich Jerman, dan tak mustahil 2018 kita bakal beraksi dipentas Piala Dunia jika perkembangan menarik ini berterusan, cuma apa yang membimbangkan aku sebagai peminat tegar bolasepak, adalah isu rasuah yang tak putus-putus bersarang dan menjangkiti arena bolasepak kita semenjak Singelapor kembali ke M-League.

Kalau tanya aku apa patut buat dengan masalah ini, tendang saje singe2 itu keluar dari MSL, tarik Harimau Muda dari S.League dan hantar mereka kembali bermain di Slovakia, dan tempat Singelapor di Super League kita gantikan dengan Harimau Muda B, biar budak2 skolah tu mantap skit bersaing dengan taiko2 Super League kite..

Majulah Bolasepak Untuk Malaya..........

Monday, May 14, 2012

Senarai Pemain Yang Terpilih Untuk Perlawanan Persahabatan Dengan Filipina

Inilah dia senarai nama pemain-pemain yang terpilih dalam skuad Dato K. Rajagobal bagi mewakili Malaysia dalam perlawanan persabahatan menentang Filipina pada June nanti. Harap pemain-pemain yang terpilih memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memenangi perlawanan nanti, dan kepada pemain-pemain yang tak terpilih, berusahalah untuk memperbaiki mutu permainan anda... jeng jeng jeng............

cuma aku tak puas hati, kenapa nama Ahmad Hazwan dan Alex Lepeh takde? puii... Safee Sali yang tak perform tu juga dia pilih, harap Safee buktikan yang beliau memang layak dipilih mewakili Malaysia dalam pertemuan menentang Pinoy june nanti..

Monday, May 7, 2012

Dari Facebook Manaf Mamat

Merujuk kepada timeline facebook Manaf Mamat, katanya Peter James Butler telah disahkan untuk menggantikan Mat Zan sebagai ketua jurulatih pasukan Terengganu.

Antara sumber lain yang mengesahkan perletakkan jawatan Peter Butler sebagai ketua jurulatih Persiba Balikpapan, sila baca disini.

Peter Butler Berkemungkinan Kembali Ke Kancah M-League

Di khabarkan Peter James Butler akan ke Terengganu bagi menggantikan Mat Zan Mat Aris yang kemungkinan besar bakal atau telah dipecat sebagai ketua jurulatih pasukan Peteh. Jika hal ini benar-benar terjadi secara rasminya, maka Liga Super Malaysia adalah antara kancah bolasepak yang paling meriah dengan drama swasta minggu ini dirantau Asean.


Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh peminat bolasepak tanah air, ada yang mengatakan Terengganu sengaja mencari penyakit jika mereka benar-benar mengambil Peter Butler sebagai ketua jurulatih pasukan peteh jika berpandukan kepada sejarah karier beliau yang kerap melarikan diri di masa lalu akibat kontroversi yang timbul dengan kelab-kelab yang pernah dibimbingnya, dan yang paling terbaru adalah mengenai isu kelewatan pembayaran gaji pemain-pemain Persiba Balikpapan yang menyertai Liga Super Indonesia berikutan kurangnya dana dan penajaan dari pihak swasta.

Kelantan bersama Peter Butler buat pertama kalinya

Kelantan dibawah kendalian Peter Butler pada musim 2008-2009 adalah antara pasukan yang boleh dikatakan memiliki pencapaian yang agak memberangsangkan dalam kancah Liga Super dengan menduduki tangga ke 6 keseluruhan dan mereka tidak pernah kalah dilaman sendiri dan juga Peter Butler telah berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala FA tetapi kalah kepada Selangor 4-1 melalui penentuan sepakan penalti setelah keputusan seri 1-1 tamat permainan. Beliau kemudiannya meninggalkan Kelantan untuk menyertai Yangon United F.C. sebagaik Technical Director merangkap ketua jurulatih berikutan masalah antara beliau dengan pihak pengurusan KAFA.

Pertikaian mengenai pemain import dengan Tan Sri Annuar Musa

Pada musim 2011 Kelantan gagal untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia setelah kecundang kepada Terengganu 5-3 secara agregat yang seterusnya membawa kepada perletakkan jawatan Dato M. Karathu sebagai ketua jurulatih. Berikutan perletakkan jawatan tersebut Tan Sri Annuar Musa telah membawa kembali Peter James Butler secara "Single Handed" bagi membimbing pasukan Kelantan dalam liga super untuk musim 2012 serta menghadapi cabaran bermain didalam AFC Cup buat pertama kalinya.

Beliau kemudiannya meninggalkan Kelantan buat kali kedua sebelum tamat musim setelah berlaku pertikaian mengenai kritikan beliau terhadap TSAM dalam isu pemilihan pemain import. Tidak seperti AVB yang dipecat oleh RA daripada mengendalikan kem Chelsea berikutan persembahan yang kurang memuaskan ketika pasukan The Blues itu berada pada kedudukan 4 terbaik, PJB sebaliknya meninggalkan Kelantan secara persetujuan bersama dalam keadaan Kelantan masih berada sebagai pendahulu liga super.

Prestasi Persiba Balikpapan dalam kancah ISL dibawah kendalian PJB

Persiba Balikpapan sebelum kehadiran PJB untuk kali kedua bagi melatih pasukan kelab ISL tersebut yang sedang berada pada kedudukan ke 9 carta liga sebelum melonjak ke kedudukan ke 4 setelah mengharungi beberapa perlawanan dengan rekod yang memberangsangkan diantaranya mereka telah membenam pasukan yang diwakili oleh jutawan bolasepak negera kita iaitu Pelitajaya dengan keputusan 3-1, dan kini mereka sedang berada dikedudukan ke 5 setelah mengalahkan PSMS Medan 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung pada 4 Mei 2012.

Jika merujuk kembali kepada rekod pencapaian beliau dengan pasukan-pasukan terdahulu, Peter Butler kerap membimbing pasukan yang bergelut untuk memperbaiki ranking mereka dalam sesuatu liga ke kedudukan yang lebih baik atau menyelamatkan pasukan daripada tersingkir ke liga bawahan, dan hasilnya beliau berjaya mencapai matlamat tersebut.

Kekalutan di ISL yang membuatkan PJB kembali ke MSL

Indonesia Super League pada ketika ini berhadapan dengan dihimpit pelbagai masalah yang sedang hangat memporak perandakan kancah bolasepak Indonesia dan juga PSSI sebagai badan induk tertinggi bolasepak negara Garuda. Selain daripada masalah 2 liga utama yang berlangsung di arena bolasepak negara itu yang membawa perbalahan dan pertikaian pemimpin dan pengiat sukan bolasepak Indonesia, dikhabarkan beberapa buah kelab yang menyertai ISL turut menghadapi masalah pembayaran gaji pemain yang tidak hanya berlaku kepada Persiba Balikpapan.

Dan jika dirujuk kepada laman twitter Peter Butler, jurulatih kelahiran England ini seolah-olah berhadapan dengan pelbagai masalah dan kerenah yang menyebabkan kemungkinan besar beliau terpaksa kembali ke kancah bolasepak Malaysia.


Daripada pemerhatian aku dilaman twitter beliau, sebenarnya PJB lebih menyukai untuk berada dikancah bolasepak Malaysia, yang mempunyai corak urus tadbir yang agak baik dan peraturan yang jelas serta menitik beratkan mutu profesionalisma disamping berkemahuan untuk memperbaiki kualiti bolasepak dinegara ini sendiri, walaupon kerap kali badan induk sukan terbabit dicemuh dan dipertikaikan akibat daripada prestasi dan ranking yang semakin menurun baru-baru ini.

Hal ini jelas berbeza dengan kancah bolasepak Indonesia yang kelihatan cukup porak peranda hingga memaksa wakil daripada AFC turun ke PSSI bagi membantu untuk menyelesaikan masalah yang melanda badan induk bolasepak negara Garuda tersebut, padahal tenaga-tenaga profesional yang menguruskan badan induk tersebut bukanlah dari kalangan kerabat diraja malah mereka lebih vokal dan bebas untuk mengkritik serta menyatakan pandangan mereka tanpa ada halangan oleh mana-mana statut yang boleh digunakan untuk mengambil tindakkan terhadap tingkah laku dan kelantangan pemimpin-pemimpin badan induk tersebut(oleh kerana itu maka tunggang-langganglah jadinya sebab asyik bertekak-berbalah berebut kuasa menunjuk handal dan lebih teruk berpolitik dari politikus, akhirnya yang jadi mangsa adalah kelab-kelab dan pemain serta peminat bolasepak dinegara mereka sendiri).

Peter Butler vs Mat Zan

Secara jujurnya pada pendapat aku, corak taktikal serta kreativiti coach MZMA tidaklah memberangsangkan jika dibandingkan dengan coach peteh sebelumnya iaitu Hj Irfan Bakti, jika Terengganu tidak memiliki begitu ramai pemain-pemain kebangsaan dan import yang bagus, berkemungkinan besar mereka telah lama berada dipertengahan liga dan tidak akan melepasi hingga ke peringkat separuh akhir Piala FA dan pusingan kalah mati Piala AFC.

Mengenai Peter Butler pula, walaupon beliau dikenali sebagai jurulatih berbangsa Inggeris yang dikatakan kerap menerapkan corak hantaran jauh atau style permainan ala-ala kelab EPL, tetapi strategi dan taktikal serta kreativiti beliau masih membuahkan hasil yang baik dan menarik untuk setiap pasukan yang dibimbingi oleh beliau, dan beliau kelihatan mempunyai karisma yang tersendiri ketika membimbing pasukannya.

Walaubagaimanapun, hal ini adalah masih terlalu awal untuk diulas dengan lebih lanjut memandangkan kedudukan beliau dan Mat Zan belum diputuskan secara rasmi, oleh itu, sama-samalah kita nantikan perkembangan menarik yang bakal melanda skuad peteh dan kancah liga super musim ini.

Sunday, May 6, 2012

Selamat Tinggal Pep dan Selamat Datang Tito

Ahkirnya Pep Guardiola menamatkan musim bersama Barca setelah mencatat kemenangan selesa 4-0 keatas Espanyol dalam perlawanan yang dikenali sebagai The Catalan Derby. Walau bagaimanapun, mahkota kejuaraan tetap milik Real Madrid untuk musim 2011/2012 ini.




Kini tibalah pula giliran Tito Vilanova bakal menggalas tugas berat bersama Barca untuk meneruskan legasi cermerlang Pep ketika bersama pasukan The Catalan.

Siapa Lagi Pemain Harimau Muda A Yang Akan Di Lamar

Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam dan Nazmi Faiz dikatakan telah sah akan beraksi diluar negara tidak lama lagi dan ini adalah perkembangan terbaru yang menarik, sebelum ini hanya Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam sahaja yang benar-benar telah disahkan akan beraksi dengan FC Ryuku bermula pada bulan Julai akan datang manakala Cardiff City pula berura-ura mahu mendapatkan pemain yang dilabelkan sebagai "The Malaysian Wonderkid" untuk bermain dengan mereka, tetapi sebelum itu Nazmi akan dihantar bermain dengan salah sebuah kelab di Australia yang mempunyai MOU dengan Cardiff City.

Walaubagaimanapun OKS enggan menyatakan kelab manakah yang telah berminat untuk mendapatkan Nazmi Faiz tetapi perbincangan lanjut telah dijalankan antara kedua-dua belah pihak.

Aku malas nak mengulas lanjut hal ni memandangkan berita mengenai perkara ini telah banyak tersebar, cuma aku tertanya-tanya siapakah pula yang bakal dilamar selepas ini oleh kelab-kelab luar negara setelah pasukan Harimau Muda menjadi satu-satunya pasukan dari Asean yang berjaya melayakkan diri kepusingan ketiga bagi kelayakkan Olimpik 2012, telah membuka mata ramai pihak dan pasukan-pasukan U23 kebangsaan dari China dan Iran untuk menguji mereka dalam perlawanan persahabatan bagi melakukan persediaan untuk menghadapi kejohanan Piala Asia U22 akan datang.

Nama-nama seperti Syahrul Azawari, Fadhli Shas, Gary Steven Robbat, Irfan Fazail, Ahmad Hazwan dan Ameer Saidin adalah nama-nama yang bermain dibenakku, tetapi dalam masa yang sama aku masih tertanya-tanya kemana gerangannya si cilik handal Wan Kuzain Wan Kamal menghilang?


Saturday, May 5, 2012

Applikasi Streaming Untuk Google Chrome

Bagi mereka yang takde Astro atau ada astro tapi takde pakej sukan, maka terpaksa la menapak ke mana-mana kedai mamak dengan harapan mamak kutty tu bukak channel sukan bleh la tengok bola.

Tapi ada pulak satu bangsa ni jenis yang ada internet tapi tak reti-reti nak cari sendiri streaming site untuk live match, yang die org tau, login facebook, pastu tanya admin ada live? streaming ade tak?

Ni aku bagi cara senang nak tengok bola melalui Google Chrome dengan cara menginstall applikasi Live Sports atau Watch Live Football Streaming.

Bagi sesiapa yang takde Google Chrome, sila download dan install.

klik gambar untuk zoom

  1. Mula-mula korang pergi kat http://chrome.google.com/webstore/
  2. Kemudian kat kotak searchbox tu taip perkataan football.
  3. Klik pada butang ADD TO CHROME atau klik pada item tersebut untuk memahami bagaimana applikasi tersebut berfungsi sebelum digunakan.
  4. Bila dah siap install nanti akan keluar Icon bola yang mewakili program tersebut kat tepi address box, klik untuk korang tengok live streaming atau live score.

So boleh la nak tengok Chelsea vs Liverfool malam ni.. Sekian..

FAM oh FAM, please laa jangan bunuh bolasepak kami!!

Kelantan, Negeri Sembilan, Johor FC, Felda United dan Sarawak antara sudah merasakan penangan denda dan hukuman berat daripada FAM. Bagi aku denda dan hukuman kadangkala perlu dan patut dikenakan untuk mendidik peminat dan penyokong bolasepak yang terover dan fanatik membabi buta serta bertindak diluar batasan.

Rakyat Malaysia bengang bila penyokong Indonesia tidak menghormati negara kita dan akhirnya kita menang AFF Cup 2010 dan  Emas Sea Games 2011, tetapi rakyat kita pula bersikap biadap terhadap Singapore dan akhirnya kita kalah kepada mereka dan tidak layak kepusingan ketiga.
Aku masih ingat diawal zaman 90an bagaimana penyokong2 kelantan mengamuk dan berarak menuju kearah penyokong pasukan Johor selepas tamat perlawanan antara Johor dan Kelantan di Stadium Larkin hinggalah kepada rusuhan di Stadium Sultan Muhammad IV dimana kemuncak didalam kekecohan tersebut kereta polis juga turut dibakar oleh penyokong fanatik pasukan Kelantan.

Kepada penyokong kelantan yang terbaca post aku ni, rilek, jangan cepat melenting, korang kena sedar kenapa media dan masyarakat bolasepak di Malaysia kerap mengaitkan keganasan atau budaya hooligans bolasepak dengan orang Kelantan. Sejarah dan budaya gedebe bolasepak dalam masyarakat Kelantan memang cukup popular, bukanlah maksud aku semuanya salah orang Kelantan, macam la negeri lain takde wat hal tapi peratusan sejarah budaya gedebe dalam bolasepak masyarakat Kelantan adalah lebih tinggi dari negeri lain semenjak zaman 80 an dan 90 an lagi.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa cukup bijak memanfaatkan teknologi media sosial dengan memberikan peringatan awal terhadap para penyokong Kelantan agar tidak membaling sebarang objek ke perkarangan stadium ketika perlawanan AFC Cup atau jika tidak KAFA akan dikenakan denda RM5000 bagi setiap objek yang dibaling, jadi jika hal ini berlaku juga apakah FAM akan turut dipersalahkan oleh penyokong Kelantan dan Terengganu apabila mereka didenda berpuluh-puluh ribu ringgit, sedangkan amaran dan undang-undang tersebut diwartakan oleh pihak AFC?

Akhirnya penyokong Kelantan telah memberikan feedback yang positif terhadap peringatan TSAM dan mereka kelihatan semakin matang dan lebih sporting serta bijak mengawal emosi, malah mereka kini dikenali antara penyokong tuan rumah yang memberikan layanan mesra kepada penyokong pelawat walaupon masih ada segelintir penyokong yang melakukan provokasi kecil.  Sebaliknya akhir-akhir ini penyokong-penyokong  Negeri Sembilan dan Sarawak serta Johor FC pula yang buat hal juga. Apa sudah jadi korang? Dulu masyarakat kerap menunding jari kepada penyokong Kelantan akhirnya kini sudah terbalik?

Sepatutnya mana-mana pengurusan persatuan bolasepak negeri mahupun kelab mengambil iktibar mengenai apa yang telah Kelantan FA dan para penyokong mereka hadapi, tetapi nampaknya tidak.

Bagi aku Timb Presiden Sarawak FA ibarat orang yang melatah, apakah beliau tidak mempelajari apa KAFA dan penyokong Kelantan lalui? Mereka merasakan seolah-olah FAM telah membunuh bolasepak mereka, bagi aku nasib baiklah mereka dikenakan hukuman bermain di stadium tanpa penyokong sebanyak 4 perlawanan, kalau kena macam Kelantan? Tidak boleh bermain di stadium mereka sendiri hingga tamat musim(akhirnya atas budi bicara, KAFA dikenakan hukuman tidak boleh bermain 6 perlawanan di stadium mereka) macam mana?

Dan lagi kritikkan TSAM tidaklah sebrutal Timbalan Presiden FAS, walaupon ada perkara yang aku tak berapa setuju dengan TSAM tetapi cara beliau melontarkan kritikan itu tidaklah kelihatan begitu emosional walaupon beliau tak dapat menyembunyikan rasa kecewa, berbanding dengan Timb Presiden FAS yang bagi aku beliau tersangatlah emosi dengan membuat kritikan terbuka terhadap FAM melalui media elektronik hingga menyebabkan beliau didenda dan digantung selama 8 bulan, nasib baik tak kena 30bulan. Bukan maksud aku FAM tidak boleh di kritik, memang benar sebahagian undang-undang atau statut FAM yang diguna pakai sekarang ini sudah ketinggalan zaman, cuma kita sebagai pihak atasan bagi mana-mana persatuan harus sedar dengan apa yang telah termaktub dan bersedia untuk memikul tanggung jawap jika berlaku sesuatu kesalahan dari pihak kita, kenapa sekarang baru nak kritik itu ini tak adil setelah dikenakan tindakkan, padahal sebagai ahli gabungan kita  harus telah maklum tentang segala-galanya.

Timbalan Presiden FAS mengkritik tindakkan FAM yang mengenakan hukuman berat terhadap mereka dengan mengatakan perbuatan tersebut hanya dilakukan oleh segelintir penyokong, hadoii... kamon laa bro.. Kes lu dengan Klate dulu tak jauh beza la, tapi takkan la nak tunggu habis satu stadium bertindak ganas baru nak denda dan hukum untuk mendidik penyokong? stupid laa kalo macam tu.. terlajak perahu boleh diundur terlajak baling botol? camner nak undur? Takkan la bila polis tu dah mati katak kena blasah dengan penyokong baru lu nak sedar?

Kemudian ada pula segelintir orang-orang Sarawak mengatakan FAM menganak tirikan FAS dengan mengenakan hukuman berat tersebut, "mentang-mentanglah Sarawak bukan semenanjung", ada juga yang buat statement macam ni? Padahal mungkin mereka lupa, atau mereka tidak tahu atau memang buat-buat tak tahu mengenai Kelantan FA yang dikenakan hukuman lebih teruk dari Sarawak FA.

Bagi aku orang yang buat statement begitu adalah mereka yang sememangnya sudah lama memendam rasa tidak puas hati didalam hati mereka terhadap Semenanjung dan sengaja menggunakan isu ini untuk melaga-lagakan dan menambahkan kebencian mereka terhadap orang Semenanjung, hinggakan timbul desakkan terhadap FAS supaya keluar daripada gabungan FAM, malah ada dikalangan penyokong nakal mereka yang menganjurkan supaya Sarawak keluar dari Malaysia dan beranggapan bahawa negeri mereka selama ini tidak maju kerana menyertai Malaysia dan jika keluar daripada Malaysia mereka akan maju dan kaya raya seperti Brunei dan Singapura.

Secara jujurnya bagi aku hal sukan dan politik tak perlulah dicampur aduk, tapi kalau negeri Sarawak tak maju dan miskin itu kena tanya dengan Ketua Menteri Sarawak dan para menteri-menteri muda mereka apa yang mereka dah buat dengan hasil kekayaan bumi Sarawak, dan bagi aku sudah masanya orang Sarawak menukar pemimpin dan parti yang memerintah baik di Sarawak secara khususnya mahupun di Malaysia itu sendiri secara amnya, mungkin ada yang pening lalat baca tulisan aku tapi siapa yang matang pasti tahu hakikat sebenar siapa yang telah membazirkan hasil kekayaan negeri Sarawak.

Yang terbaru Timbalan Presiden FAS telah dikenakan hukuman denda RM 8000 dan penggantungan selama 8 bulan kerana mengkritik FAM melalui media secara terbuka, bagi aku kritikkan yang dibuat oleh orang no 2 FAS sebelum ini adalah bersifat emosi dalam meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap hukuman yang dikenakan oleh FAM, beliau seolah-olah sengaja memperbesar-besarkan isu ketidak wajaran FAM dengan menghukum FAS tanpa perbicaraan tetapi dalam masa yang sama beliau lupa atau sengaja buat-buat lupa mengenai penyokong Sarawak yang membelasah polis hingga pengsan, walaupon bagi aku tindakkan polis tu macam agak keterlaluan dengan membelantan penyokong Sarawak yang memprovokasi terhadap penyokong Kelantan tempoh hari, tetapi jika anggota polis tersebut tidak mengambil tindakkan sedemikian, mungkin pergaduhan yang lebih besar akan tercetus.


Seharusnya kesemua penyokong-penyokong dan peminat bolasepak mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi sebelum ini, pihak pengurusan bukan hanya berperanan untuk melatih pemain tetapi juga untuk mendidik para penyokong supaya tidak bertindak diluar batasan, dan moga dengan kejadian ini bakal merubah sikap dan kematangan penyokong supaya lebih cerdik dan berhemah ketika berada di stadium, jangan biarkan tindakkan bodoh kita akan menyebabkan pasukan kesayangan kita ditimpa nasib ibarat orang yang jatuh ditimpa tangga.

Friday, May 4, 2012

Pahlawan Merah Menyembelih 12 Ekor Singa


Akhirnya, satu kepuasan yang tak terhingga malam ni, pergh.. memang puas hati pabila melihat 12 ekor singa-singa tambak johor disembelih 3-0.


Walaupon pada separuh masa pertama Kelantan mendominasi 51% permainan tetapi singe-singe lapar juga tak kurang hebat mengasak the fortress dengan 6 percubaan tepat berbanding the red warriors dengan hanya 3 percubaan tepat berjaya dihasilkan, dan Apek sememangnya layak dinobatkan sebagai penjaga gawang no 1 Harimau Malaya, jika beliau tidak bermain pada malam ini, kemungkinan besar gawang kelantan telah dibolosi beberapa kali oleh ancaman singe-singe lapar 12 ekor seberang tambak Johor.

Paling merugikan seawal 3-4 minit permainan, Mat Yo gagal menyempurnakan sepakan penalti, huhu, tu la pengajaran kepada penyokong-penyokong Kelantan yang selama ini pernah mengutuk dan menghina Mat Dar yang hanya berjaya meyumbat goal penalti sebelum beliau kini telah bangkit untuk memberikan persembahan terbaik beliau di AFC Cup dan FA Cup.

Akhirnya Kelantan berjaya membuka jaringan pada minit 73 menerusi hantaran lintang cantik oleh Mat Yo dan disempurnakan dengan baik oleh S. Chanturu melalui sepakan gunting yang menerjah masuk kesebelah kanan gawang goal singe lapor dan gagal diselamatkan oleh penjaga goal mereka.

Kelantan menambah derita 12 ekor singa melalui Paan melalui lorongan cantik dari Piya yang melihat ruang kosong terbuka luas dihadapan lalu Paan menyumbat masuk dengan tendangan sungkit yang menarik untuk menewaskan GK singe.

Kemudian pada minit ke 85, S. Chanturu sekali lagi melorongkan umpanan kepada Rizal untuk dirembat kencang ke gawang singe, manakala GK singe hanya mampu terpaku bisu dan kelu tanpa dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan gawangnya.

Malam ini satu permainan dan perlawanan yang sangat menarik, dari kedua-dua pasukan, tetapi Kelantan yang dikatakan kepenatan telah membuktikan bahawa mereka masih layak untuk memburu gelaran juara Liga Super sekaligus memberikan tekanan kepada 12 ekor singe.

Thursday, May 3, 2012

Akademi Bolasepak Di Malaysia Bak Cendawan Selepas Hujan

Aku perhatikan sejak tahun 2009 hinggalah sekarang, suasana  perkembangan bolasepak ditanah air semakin berkembang pesat dan apa yang lebih menarik adalah akademi-akademi bolasepak baru yang ditubuhkan berkembang biak bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Selain daripada Akademi Bolasepak Kebangsaan yang katanya hampir 60% telah siap dan boleh digunakan menjelang Sukma akan datang yang bakal berlangsung untuk edisi 2012 di Pahang nanti, disini aku senaraikan beberapa buah akademi yang telah dan baru ditubuhkan dan boleh dikatakan bahawa mereka benar-benar bersungguh untuk memartabatkan bolasepak tanah air serta memiliki kemudahan asas yang mencukupi sebagai sebuah akademi baik yang dimikili oleh pertubuhan seperti persatuan bolasepak mahupun kelab-kelab bolasepak tempatan, tetapi dalam posting terbaru aku berkenaan akademi bolasepak ini, aku tidak akan menyenarai akademi atau sekolah bolasepak yang ditubuhkan secara kerja sama dengan mana-mana kelab bolasepak eropah yang telah ada di Malaysia.

Perak :
Dikhabarkan Perak bakal menubuhkan akademi bolasepak mereka sendiri yang bakal diterajui oleh bekas pemain import mereka iaitu Josko Farac dan proses penubuhannya akan bermula beberapa bulan lagi, dan Josko akan menerapkan modul yang diguna pakai oleh negara beliau iaitu Croatia, yang mana walaupon negaranya tidak memiliki kemudahan yang baik seperti Malaysia, tetapi mereka masih mampu berada pada ranking ke 8 FIFA dan antara negara yang paling ramai membekalkan pemain-pemain bolasepak keserata dunia.

Terengganu :
Terengganu dulunya sudah ada Akademi Bolasepak FAM Terengganu yang bermula dari tahun 1995, tapi kemudian ditutup pada tahun 2007, dan kini mereka dalam proses untuk membina sebuah akademi baharu yang serba lengkap dengan bajet berjumlah RM1 juta dan ianya akan diletakkan dibawah Majlis Sukan Negeri Terengganu dibawah pengendalian Cheku Marzuki Cheku Mohd Nor.

Selangor :
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Selangor merupakan antara powerhouse bolasepak di Malaysia dan merupakan salah satu kelab terkemuka dirantau Asia suatu ketika dahulu, antara kelab-kelab bolasepak di Selangor yang mempunyai akademi bolasepak masing-masing adalah seperti :

Akademi Bolasepak Selangor
Akademi Bolasepak PKNS
Akademi Bolasepak PNSB
Akademi Bolasepak Khaff
Akademi Bolasepak MBPJ
Akademi Bolasepak Remaja Black Eagles

Kuala Lumpur :
KLFA Football Academy KLFA adalah antara persatuan bolasepak yang memiliki akademi bolasepak yang baharu dan boleh dikatakan antara akademi bolasepak yang mempunyai kemudahan yang serba lengkap dan terbaik darisegi kemudahan padang latihan, gimnasium dan lain-lain.

Akademi Bolasepak Pro Harimau Remaja
Pelatih-pelatih Akademi Bolasepak Pro Harimau Remaja

Pahang :
Pahang First Touch adalah sebuah kelab bolasepak yang ditubuhkan 20 tahun lepas dan kini mereka giat mencungkil bakat baru untuk mebina pasukan remaja bagi menyertai liga bolasepak yang dianjurkan oleh Pahang FA.


Frenz United Football Academy yang bertempat di Janda Baik Pahang ditubuhkan dengan tujuan untuk melahirkan bakat-bakat baru pemain yang bertaraf profesional yang dikumpul dari seluruh Malaysia, mempunyai kemudahan asrama yang baik, gimnasium, padang latihan yang mengikut spesifikasi FIFA dan jurulatih yang berpengalaman luas.


Kelantan :
Akademi Al-Hamra Red Warriors - Kelantan pada masa sekarang adalah kuasa bolasepak baru di Malaysia, dengan sokongan peminat yang begitu ghairah setiap kali pasukan mereka beraksi terutama di stadium mereka sendiri, mereka telah pon mengorak langkah dengan menubuhkan akademi mereka sendiri yang dikenali sebagai ARMY dan dahulunya akademi ini dikendalikan oleh bekas jurulatih kebangsaan iaitu B. Sathianathan tetapi kini akademi tersebut diletakkan dibawah kendalian Bojan Hodak yang juga merangkap sebagai Head Coach  pasukan Kelantan FA.

Kedah :
Kedah Kenari Kids - Pada tahun lepas KFA telah bercadang untuk menubuhkan sebuah akademi bolasepak bagi mengembalikan kegemilangan bolasepak mereka yang pada masa kini dilihat agak lesu dipersana liga super, buat masa ini program kenari kids telah dijalankan sebagai permulaan kearah penubuhan akademi bolasepak mereka.

Negeri Sembilan & Melaka :
Pada 2010 dulu katanya KBS bercadang untuk membina akademi bolasepak di Melaka, tapi sampai sekarang tak tau apa cerita, sesapa yang tau tu tolong kasi komen.

Sarawak :
Akademi Bolasepak Yayasan Sarawak
Akademi Bolasepak Miri
Sarawak juga kini giat membangunkan program bolasepak diperingkat akar umbi dengan menerapkan modul pembangunan bolasepak Australia.

Sebenarnya banyak lagi akademi-akademi bolasepak yang ditubuhkan oleh kelab-kelab bolasepak, tapi aku tak larat nak sertakan semua, kalo korang nak tau pegi je la kat fb tu search akademi bolasepak, berderet keluar, tu belum lagi masuk klinik-klinik bolasepak yang dijalankan, buat masa ni.. ini je lah yang aku rajin nak bubuh... Dan pada masa sekarang klinik-klinik bolasepak sedang giat dianjurkan, bleh chek kat sini.

Wednesday, May 2, 2012

Kelantan Vs Sime Darby FA CUP Final

Tahniah gua ucapkan kepada Sime Darby dan Kelantan FA, Kelantan akhirnya berjaya melangkah ke Final Piala FA lagi skali deh.. Manakala Sime Darby, wa salute lu bro, berjaya membenam kegoan salah satu pasukan Pantai Timur yang terkemuka, bukan calang-calang pasukan boleh mengalahkan Terengganu yang dibarisi oleh ramai pemain kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan luar negara.

Bagi Terengganu dan Kedah, dont worry bebeh, aku respek korang, tetap menunjukkan mutu yang sangat baik, walaupon Terengganu dikritik dan dikutuk hebat oleh peminat dan penyokong mereka, Kedah pula mendapat pujian yang melambung sekali pon mereka kalah, bukan senang untung mengalahkan gergasi merah putih pantai timur Kelantan tatkala mereka mempunyai barisan pemain yang kesemuanya on top, baik kesebelasan utama mahupun pemain simpanan, apa lagi dengan pemain import mereka Mat Godar yang begitu cermerlang sejak kebelakangan ini.

Tetapi yang paling menarik perhatian aku adalah Sime Darby, semenjak MPPJ mencipta sejarah memenangi piala malaysia, kini pasukan berstatus kelab Sime Darby bakal melakar sejarah untuk memenangi Piala FA, dan yang paling penting aku harap pihak pengurusan Sime Darby bijak menguruskan pasukan mereka supaya tidak jadi pasukan kelab hangat2 tahik ayam seperti pasukan Proton FC, KL Plus FC, Naza FC dan Kesura FC yang akhirnya terpaksa menarik diri daripada menyertai M-League akibat kekurangan dana dan bengkrap.

Harap2 lepas ni Sime Darby dapat bina stadium bolasepak mereka sendiri sebagaimana yang mereka telah rancangkan, tak perlu la grand2 sangat.. dapat yang berkapasiti 10k pon dah ok, memandangkan kelab masih lagi baru dan fan base mereka pon taklah sekuat state fa yang lain, dan yang penting, tak yah ada trek atau balapan tau tau... Okeh... Cau cincau lu...

Harimau Muda Oh! Singapura 12 Ekor

Harimau Muda atau Harimau Muda A yang sedang bermain di Liga Singapura dan pada ketika artikel ini ditaip, mereka telah pon mengalahkan Hougang United 3-1, dan kini mereka sedang membuat persiapan untuk kejohanan Asia Cup U22, sementara Harimau Muda B(U19) akan menggantikan tempat mereka pada kejohanan Singapore Cup.

Rasanya tak perlulah aku nak bercerita panjang mengenai Liga Singapura atau S.League. Siapa mengikuti perkembangan bolasepak tempatan pasti mengetahui apa itu S.League dan sejarahnya.

S.League lebih baik daripada M-League?

Korang yakin ke S.League dan penyertaan Harimau Muda A ke S.League bakal memberikan banyak manfaat didalam meningkatkan mutu permainan dan kemahiran individu Harimau Muda A?

Bagi akulah, aku kemasukkan Harimau Muda A ke S.League yang dijangka bakal memberikan impak positif sebenarnya tidaklah begitu ketara kesannya sebagaimana yang diharapkan, dan sebenarnya tak banyak yang dapat mereka pelajari didalam memperbaiki mutu strategi dan taktikal, kenapa aku kate macam tu?

1. Kehadiran penonton yang jarang melebihi 2000 orang pada sesuatu perlawanan kecuali melibatkan pasukan Brunei DPMM FC, sebelum ini pada musim 2011, kehadiran penonton dan penyokong kelab2 mereka hanya sekitar 1300-1700 orang sahaja, sebagaimana yang kita maklum kehadiran penyokong dan penonton sebenarnya banyak memberikan impak terhadap persembahan sesebuah pasukan, samada pasukan tuan rumah atau pihak lawan.

2. Pemain-pemain import yang kurang bermutu daripada pemain-permain import yang bermain di M-League, dan rata-rata pemain-pemain2 import mereka aku berani katakan hanya setanding dengan pemain-pemain tempatan M-League, contohnya pasukan Tampines mempunyai 4 orang pemain import dan ditambah dengan 2 bekas import yang telah menjadi rakyat Singapore secara naturalisasi, ini menjadikan 6 orang pemain yang bukan berasal dari Singapore.

Secara logiknya import diambil kerana mutu dan prestasi mereka adalah lebih baik daripada pemain tempatan bukan? Berbanding dengan pasukan negeri dan kelab di Malaysia yang hanya memiliki 2 orang pemain import untuk musim 2012, tetapi pada musim 2009-2011 tiada seorang pon pemain import yang beraksi didalam M-League, tetapi masih lagi mampu menghasilkan pemain-pemain berbakat untuk memenangi AFF Cup dan Emas Sea Games 2 kali berturut2, betul?

Dan lagi kita kena ingat, Singapore berjaya memenangi AFF CUP sebanyak 3 kali sebelum ini adalah dengan bantuan2 pemain dari luar yang telah mengalami proses naturalisasi(import), jika nak diharapkan local player mereka, hanya Allah yang mengetahui, aku bersyukur yang mana negara kita sangat2 memberikan penekanan terhadap pembangunan akar umbi, dan sekarang kita telah menampakkan hasilnya.

3. Pasukan Singapore Lions XII pada permulaannya beraksi hambar tetapi setelah agak sekian lama mereka menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan akibat dari sokongan penyokong mereka dan juga cemuhan daripada penyokong pasukan lawan. Contohnya Harimau Muda dan Harimau Malaya yang menerima kecaman, hinaan dan ancaman dari penyokong lawan menjadikan kesemua itu sebagai pembakar semangat untuk mereka membuktikan sesuatu kepada penyokong2 Indonesia, dan perkara ini juga berlaku kepada pasukan kebangsaan Singapore dan Lions XII, cemuhan dan hinaan dari penyokong2 pasukan negeri dan kelab Malaysialah yang telah menjadi pembakar semangat mereka.

4. Dana pasukan-pasukan negeri dan kelab serta nilai hadiah kemenangan adalah lebih besar daripada S.League, walaupon ada pasukan Malaysia yang menghadapi masalah kewangan seperti KLFA, tapi harus diingatkan bahawa KLFA telah menghabiskan jumlah wang hampir 5juta lebih ringgit Malaysia untuk menyiapkan KLFA Academy demi melahirkan pemain-pemain yang berbakat untuk masa depan bolasepak mereka.

Disamping itu mereka juga menghadapi masalah stadium bolasepak mereka yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan penyokong2 terpaksa berkelana hampir 200km ke Melaka untuk menyokong pasukan mereka, ini semestinya memberikan kesan kepada kantung persatuan, so pandai2 la korang handle ye tak? Walaupon mempunyai akademi sendiri tu bagus tapi kena la beringat juga, sampai pemain-pemain semua lari ke kelab dan pasukan negeri lain, last2 hambik ko duk bawah skali. Tetapi secara keseluruhan pasukan negeri dan kelab telah mampu untuk menguruskan dana dengan agak baik dengan adanya tajaan, geran dan juga kehadiran penonton ke stadium yang semakin memberangsangkan bagi musim 2012.

5. S.League  tidak mempunyai promote dan relegate system, duk rangking atas skali ke duk ceruk bawah meje ke, ko akan tetap bermain didalam S.League untuk musim hadapan(tetapi khabarnya bakal ada tapi tak tau musim bila?). Berbeza dengan M-League kita, ko juara ko naik, ko loser ko turun laa.. Ini Lions XII masuk M-League taknak kena tendang turun main Liga Perdana kalo duk bottom table pasal S.League mereka takde relegation system. Lawak tak? ke ke ke ke.. padan kena gelak jek la S.League.

6. Jumlah kelab dan divisi di M-League sangat-sangat membantu pasukan bawahan untuk menimba pengalaman bermain dengan pasukan-pasukan atasan, contoh terbaik adalah UiTM FC(U25) vs Lions XII(U28) dan SPA FC vs Kelantan FA dan seterusnya memberikan pendedahan serta meningkatkan mutu pasukan bawahan yang bakal melahirkan pemain-pemain berbakatan untuk masa depan bolasepak Malaysia.

Aku bangga dengan bolasepak tanah air, liga bolasepak kita sebenarnya sederhana, tidaklah terlalu besar seperti Indonesia dan tidaklah terlalu kecil seperti Singapore, tetapi liga kita masih mampu menghasilkan pemain berbakat yang telah berjaya memberikan kejayaan demi kejayaan walaupon dengan ketiadaan pemain-pemain import sepanjang tempoh 2009-2011 berbanding liga-liga seperti Thailand(7 import), Indonesia(5 import) dan Singapore (4 import).

Bagi aku, penyertaan Harimau Muda A ke S.League bakal memberikan ancaman kepada HMA itu sendiri, sekiranya mereka mampu mengekalkan momentum dan prestasi, maka tidak mustahil mereka akan berada pada kedudukan top 5, tapi sekiranya mereka merudum jatuh belebok kebawah, aku tak terkejut, kerana suasana S.League itu sendiri yang kurang kompatetif akan bakal mengurangkan prestasi mutu pemain2 HMA jika mereka tidak berusaha mengekalkan serta meningkatkan prestasi mereka.

Baru2 ini dikabarkan Harimau Muda B bakal dihantar untuk bermain di luar negara setelah tamat bermain di Liga Perdana bagi musim 2012, bagi aku kalau nak hantar, hantarlah Harimau Muda A, manakala Harimau Muda B pula biarlah mereka menggantikan tempat HMA di S.League, sebab kat S.League takde penyingkiran dan platform tersebut sangat sesuai untuk membina keyakinan pemain-pemain dan mutu pasukan mereka.

Kerana bagi aku dalam kerjasama ini yang banyak mendapat manfaat adalah Lions XII kerana mutu liga kita yang lebih kompetitif, kenapa? sebebnya liga kita lebih besar berkali-kali ganda dari mereka, bayangkan KLFA League dan FAS League mempunyai jumlah kelab bolasepak yang jauh lebih besar daripada S.League, kalau di hitung kesemua state fa league yang ada bermakna selepas 3rd Div FAM League kita ada 14 buah state league yang mana pasukan yang berjaya menjuarai liga state fa masing2 boleh melayakkan diri ke FAM League jika menetapi syarat-syarat yang ditetapkan oleh FAM.

Oleh itu kalau mana2 pegawai FAM ke Timbalan Presiden FAM ke terbaca artikel aku ni, aku harap sangat2 biarlah Harimau Muda A yang dihantar bermain keluar negara tapi bukan seberang tambak sana, biarlah HMB yang menggantikan tempat mereka, manakala tempat HMB bolehlah digantikan daripada pasukan Frenz United FC atau tubuhkan satu pasukan U21 daripada kalangan bekas pemain-pemain liga piala presiden, boleh la taruk nama Harimau Presiden ke kan kan kan.. hehe.. majulah bolasepak malaysia... prfftth.....