|
siapa yang hidupnya tak pernah merasakan jatuh bangun
dalam kehidupan mungkin mereka dari golongan? |
Rilek Bang Leman rilek, aku nak tergelak sebenarnya baca statement sesetengah fan page di facebook yang mengatakan bolasepak kita tidak berkembang maju dan menyalahkan FAM semata-mata sebagai punca kemunduran bolasepak kita, cubalah kita muhasabah diri dan selidik sebaik mungkin mengenai prestasi pasukan kita serta kaji rentetan atau kronologi turun naik bolasepak kita dan juga senario bolasepak serantau, aku sebenarnya tak bersetuju langsung dengan kenyataan sebegitu, tetapi bukanlah disebabkan aku menyokong FAM 100%, walaupon aku juga tak bersetuju seratus peratus kenyataan Setiausaha Agong FAM mengenai kenyataan beliau bahawa "Ranking Tak Penting" itu memang langsung aku tak bersetuju.
Ya!! Aku bukanlah orang yang tidak menyokong FAM 100% dan itu bermakna ada juga perkara yang aku setuju dan aku sokong apa yang telah dilakukan oleh FAM sebagai contohnya perkara yang paling aku sokong FAM untuk diteruskan adalah program Harimau Muda serta mengembang majukan lagi liga-liga diperingkat remaja baik secara kerjasama dengan pihak swasta mahupun badan kerajaan, program pembangunan akar umbi sedemikian sememangnya aku sokong untuk FAM teruskan.
|
kurasakan seperti kita menentang Germany |
Tapi kalau mengatakan bolasepak kita langsung tak berkembang maju dan masih berada pada takuk yang sama, itu aku tak setuju langsung, tambah-tambah lagi apabila membandingkan kemajuan bolasepak kita dengan kemajuan pasukan bolasepak kebangsaan Filipina lagilah aku tak bersetuju, kerana kita harus sedar dan faham situasi bolasepak negara mereka yang berbeza dengan negara kita, dimana liga semi pro mereka iaitu United Football League hanya bermula pada bulan Sep 2009 tetapi mereka telah mula menggunakan pemain kelahiran luar negara yang berketurunan Filipina melalui perkahwinan campur semenjak tahun 2004, tetapi pada masa itu hanya terdapat dua tiga orang sahaja pemain kelahiran luar negara berketurunan Filipina berbanding dengan sekarang hampir 80% pasukan yang digelar the Azkals itu dibarisi oleh pemain-pemain kelahiran EROPAH yang bermain diliga bawahan, pertengahan atau utama negara kelahiran masing-masing yang mana mutu dan standard liga-liga pertengahan diEropah seperti div 3 dan div 4 hampir setanding dengan liga super dan perdana kita.
Tetapi kalau mereka tidak menggunakan pemain-pemain berketurunan Filipina kelahiran negara-negara eropah atau Amerika, dan hanya bergantung sepenuhnya kepada pemain-pemain yang bermain di liga div 1 dan div 2 UFL mereka, sudah tentu Filipina pada 1 Jun yang lepas pasti akan menjadi mangsa belasahan Harimau Malaya, sedangkan pada malam tersebut pun "jika" penyerang-penyerang kita berjaya menyumbat masuk bola kegawang, tidak mustahil kita akan menang sekurang-kurangnya 4-0 keatas mereka.
Jadi disebabkan kemasukkan dan kebanjiran pemain asing berketurunan Filipina dalam pasukan mereka, maka apa yang kita nampak seolah-olah kemajuan pasukan bolasepak kebangsaan mereka naik begitu mendadak, tapi apakah itu yang kita mahukan? Lihat bagaimana prestasi pasukan-pasukan dari timur tengah dan contoh terdekat adalah negara jiran kita sendiri iaitu Singapura setelah kebanyakkan pemain-pemain naturalisasi mereka tamat tempoh sah diguna pakai, apakah bolasepak mereka terus berkembang maju tanpa ada penguncupan sedikit pun? Apa kebaikkan yang diperolehi oleh anak tempatan mereka dan apakah perkara tersebut menyumbang kepada pembangunan diperingkat remaja?
Malah pada masa ini pasukan remaja mereka yang dikenali sebagai Young Lions terpaksa membarisi pemain-pemain import U23 yang boleh diserapkan sebagai warga negara bagi membolehkan mereka mewakili pasukan senior pada masa akan datan akibat kekurangan bakat tempatan yang menyerlah. Malah majoriti masyarakat di Singapura sendiri lebih rela jika pasukan mereka diwakili oleh anak tempatan yang berbakat berbanding pemain kelahiran asing yang diberikan kerakyatan untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka.
Apa yang kita mahukan adalah pembangunan dan kemajuan jangkamasa panjang sebagaimana yang dilakukan oleh Korea dan Jepun, mereka iaitu Jepun pada ketika ini mempunyai lebih daripada 200@dua ratus orang pemain yang setara dan boleh ditukarkan pada bila-bila masa jika terdapat mana-mana pemain yang tidak menyerlah dengan baik, manakala Jurulatih Kebangsaan Filipina pula berbangga bahawa mereka sekarang ini mempunyai pool base yang lebih besar, haha, ya la pool base pemain asing keturunan Filipina yang lebih besar, tetapi sejak 2004 hingga 2012 berapa orang pemain tempatan yang lahir dari pembangunan akar umbi dan remaja menyinar didalam liga domestik mereka sendiri dan seterusnya mewakili pasukan kebangsaan? Apa yang aku nampak makin kurang sinar dan harapan adeler untuk jangkamasa panjang jika 5 tahun akan datang mereka masih mengekalkan program naturalisasi dan fil-foreigners mereka untuk pasukan kebangsaan..
Kita pula hampir 70 orang pemain baik daripada liga super mahupun perdana yang telah dipanggil untuk menjalani latihan pusat dan sokongan kecemasan kita adalah pemain-pemain Harimau Muda yang begitu menyerlah dalam beberapa kejohanan dan liga mahupun persahabatan antarabangsa, cuma nasib tak menyebelahi kita disebabkan beberapa orang pemain yang tak begitu menyerlah ketika perlawanan persahabatan menentang Filipina baru-baru ini seperti Safee Sali dan Syafiq Rahim, serta ada lagi beberapa orang yang aku malas nak taip nama mereka, manakala Mat Yo pula boleh dikatakan terselamat daripada kritikan disebabkan kita telah sedia maklum bahawa beliau yang baru pulih dari kecederaan dan mengakui masih belum mendapat match fitness yang diperlukan sebelum diturunkan pada perlawanan tersebut, tapi kita harus sedar bolasepak adalah permainan berpasukan, dan kita masih ada ruang untuk memperbaiki mutu permainan kita sebelum menentang Singapura pada minggu depan.
Tetapi jika dikatakan perkembangan dan kemajuan bolasepak atau pasukan bolasepak kebangsaan kita sendiri agak perlahan, perkara ini mungkin kita boleh kaji akan kebenarannya, walaubagaimanapun aku rasa tidak adil kalau kita hanya melihat perkembangan dinegara kita sendiri tanpa mengambil contoh dan iktibar dari apa yang berlaku kepada pasukan bolasepak negara serantau dan yang bukan serantau serta isu-isu yang berkaitan dengan survival sukan tersebut.
Pada tahun 1994 kita berada pada kedudukan ranking ke 89 dunia dan pada tahun itu jugalah kita mengalami sejarah hitam yang mana bolasepak kita terpalit dengan skandal rasuah dan mengatur perlawanan yang mana peristiwa tersebut telah mencalarkan dan menjatuhkan maruah bolasepak kita bukan hanya dirantau Asean atau Asia malah dunia. Berikutan daripada skandal tersebut kita kehilangan hampir satu generasi pemain bolasepak yg berbakat akibat daripada penggantungan beberapa tahun, seumur hidup atau dibuang daerah dan ada sesetengahnya tidak dibenarkan aktif seumur hidup dalam apa jua aktiviti bolasepak.
Kemudian pada tahun 1995 ranking kita menurun ke tangga 106, dan kemudiannya tahun berikut ranking kita naik kembali ke tangga 96 dan seterusnya pada tahun 1997 ranking kita bertambah baik dengan menduduki tangga ke 87 dunia, tetapi nasib malang kita seakan-akan berterusan apabila dari tahun demi tahun ranking kita terus menurun, turun, turun, turun dan merudum lagi hinggalah kita berada pada tangga ke 160 pada tahun 2009, tetapi rekod terburuk kita pada kedudukan tangga ke 170 pada tahun 2008.
Turun naik sesebuah pasukan bagi aku adalah adat dan lumrah kehidupan dalam dunia, tetapi jika korang tanya aku, apakah aku sanggup melihat bolasepak kita jatuh tangga demi tangga, sudah tentu aku sendiri pon takkan sanggup kalau perkara itu terjadi yang mana bolasepak kita turun dan mundur berterusan.
Cuma bagi aku tak adillah kalau kita nak kata bahawa bolasepak kite tidak pulih dari kejatuhan dan berkembang maju kembali, seolah-olah tidak ada walau secubit langsung hasil usaha yang baik telah dilakukan oleh pihak pengurusan FAM dan kejurulatihan yang mahu menaikkan semula martabat dan maruah bolasepak negara.
Dari tahun 2007 lagi sebenarnya kita dah tunjuk peningkatan yang mana skuad U23 kebangsaan kita telah memenangi Pesta Bola Merdeka dimana kali terakhir kita memenangi kejohanan tersebut adalah pada tahun 1993 dan pada tahun 2000 kite kalah 0-2 kepada New Zealand difinal Pesta Bola Merdeka yang berada pada ranking ke 91 dunia dan kita pula pada ranking ke 107 dunia, apakah kita tak perasan bahawa pasukan yang memenangi pingat emas sukan SEA 2009 dan AFF CUP 2010 sebahagiannya adalah pemain dari skuad Pesta Bola Merdeka 2007/8 dan pasukan U23 yang memenangi pingat emas sukan SEA 2011 sebahagiannya diketuai dan dibimbing oleh pemain daripada pemain-pemain sukan SEA 2009 dan AFF CUP 2010, ini bermakna kita berjaya mewujudkan kesinambungan dikalangan pemain generasi baru dan lama?
Dan lagi sedarkah kita New Zealand yang suatu ketika dulu pernah berada pada ranking ke 47 dunia dan layak ke Piala Dunia 1982 dan 2010 yang mana pada ketika itu mereka berada pada kedudukan 63 dunia dan kini mereka telah jatuh ke ranking 130 hanya dalam masa dua tahun, malah mereka pernah berada pada kedudukan terburuk iaitu 156 dunia pada Sep 2007 dan pada perlawanan persahabatan yang terakhir antara New Zealand menentang Fiji pada 2hb June Sabtu kelmarin menyaksikan mereka telah tewas 0-1 kepada Fiji?
Ya Fiji!! Fiji adalah sebuah negara yang dikenali sebagai negara Rugbi yang mana mereka kini berada pada ranking ke 160 dunia telah mengalahkan New Zealand yang berada pada kedudukan 130, tapi sedarkah kita, sebuah negara yang mana masyarakat peminat bolasepak tanah air kita sering diracun pemikiran dan pengetahuannya sebagai sebuah negara rugbi semata-mata itu pernah berada pada kedudukan terbaik mereka iaitu pada ranking ke 94 dunia pada Julai 1994? Apa korang pikir lekeh sangat ke Fiji tu?
Berbalik soal peningkatan mutu dan kemajuan bolasepak tanah air takkanlah langsung kita sebagai peminat bolasepak sanggup membutakan mata dengan mengatakan bahawa bolasepak kita tidak mengalami kemajuan langsung semata-mata kerana bencikan FAM dan orang dalaman yang mentadbir badan induk tersebut?
Sedarkah kita semasa kita memenangi pingat emas sukan SEA pada 2009 ranking kita pada ketika itu berada pada kedudukan 160 dunia dan seterusnya kita melonjak ke tangga 144 setelah kita memenangi AFF Cup 2010, mungkin dari segi peningkatan ranking kita tidaklah begitu ketara sebagaimana yang berlaku kepada jiran kita iaitu Vietnam, tapi apakah kita sedar bahawa Vietnam yang pada masa ini berada diranking 97 juga sedang bergelut dengan masalah rasuah dan mengatur perlawanan didalam liga domestik mereka, yang mana hal ini telah menyebabkan ada penurunan jumlah bilangan penonton hadir menyaksikan perlawanan-perlawanan diantara kelab-kelab mereka, tetapi bagaimana Vietnam mampu memanjat dan memecut ranking FIFA tangga demi tangga itu adalah perkara yang harus kita ketahui dan pelajari.
Thailand yang pada suatu ketika dahulu merupakan antara salah sebuah kuasa atau power house bolasepak Asean dan Asia mencapai kedudukan terbaik mereka diranking 43 dunia pada Sep 1998 dimana kita pula berada diranking ke 113 pada tahun tersebut manakala Vietnam pula berada pada kedudukan 98, tapi apakah kita tahu bahawa pada tahun 1993/94 Vietnam berada pada kedudukan 135/151 manakala kita berada pada tangga 79/89 dan Thailand pula dikedudukan 69/85 pada dua tahun tersebut yang mana kita dan Thailand meninggalkan Vietnam jauh kebelakang, dan kalau kita lihat statistik pasukan Vietnam sendiri bolasepak mereka juga pernah mengalami pasang surut.
Singapura? Aku rasa tak payahlah aku tulis dalam ni, korang sendiri dah maklum, manakala Indonesia pula ada dua kemungkinan, iaitu sama ada bolasepak mereka akan selamat atau bakal diharamkan FIFA akibat sikap para pemimpin dalaman dan tonggak yang giler berpolitik dan berebut kuasa dalam persatuan demi menegakkan benang keegoan masing-masing.
Manakala kita pula tidak kurang hebatnya daripada Indonesia, apa yang aku lihat sekarang, senario yang kita alami ada sedikit persamaan walaupon berbeza isu. Tapi apakah ini yang peminat bolasepak tanah air mahukan, melihat pemimpin kita bertelagah saling salah menyalahkan saling menunding jari dan mengugut serta mengancam itu dan ini demi memperolehi kuasa dan kedudukan yang telah hilang mahupun mengekalkan kuasa yang sedia ada, manakala peminat dan penyokong saling berbalah memaki hamun sesama mereka malah lebih buruk lagi terhadap pemimpin persatuan sendiri, hingga hilang batas-batas dan norma-norma peradaban sebagai seorang muslim, tambah buruk lagi ada segelintir pemimpin yang seolah-olah seperti suka melihat sikap dan perangai pengikut dan penyokongnya yang taksub membabi buta hingga menyinggung orang lain yang bukannya membawa keuntungan kepada beliau malah menambahkan kebencian dan perpecahan antara peminat dan penyokong bolasepak tempatan.
Padahal segelintir daripada mereka sering juga kantoi ditangkap menjadi orang yang cakap tak serupa bikin, hari ni cakap lain esok dia putar lain, apabila kata-kata dan sikap beliau yang lalu telah memakan serta mengena atas batang hidung sendiri, kini mereka telah pusing tukar isu lain untuk mengalih perhatian pengikut-pengikut dan penyokong mereka daripada menyedari kesilapan kata dan laku yang telah mereka lakukan demi menyelamatkan maruah keegoan yang telah terkantoi dihidu oleh sebilangan yang mereka berjaya memecahkan tembelangan mereka yang berjuang untuk kepentingan peribadi.
Secara jujurnya bagi aku, aku berpendapat semenjak tahun 2007-2012 iaitu dalam jangkamasa 5tahun kebelakangan ini, bolasepak kita telah banyak mencapai kemajuan, harus sedar bahawa hampir 20 tahun kita tidak memenangi pingat emas bolasepak dalam sukan SEA dan hampir 14 tahun kita tidak memenangi Pesta Bola Merdeka, jika dalam masa 5 tahun kebelakangan ini masih ada suara sumbang yang mendakwa bolasepak kita masih tidak maju, aku boleh mengatakan bahawa mereka buta dan tamak secara membabi buta serta suka membesar-besarkan keinginan untuk memberontak dan menyalahkan orang lain demi rasa permusuhan dan kebencian semata-mata, dan "Orang yang tidak menyukuri yang sedikit maka mereka takkan mampu menyukuri yang banyak", siapa yang bersyukur pasti Allah tambahkan lagi.
Jangan disebabkan kebencian dan dendam melampau yang bersarang dalam hati dengan segelintir individu, menyebabkan kita tergamak membutakan mata menyokong pihak yang mahu sanggup menghuru-harakan dunia bolasepak tanah air semata-mata demi untuk mencapai agenda tersendiri, (walaupun blog ni bernama Futbol Mad Nation tapi Alhamdulillah buat masa ini masih lagi waras berfikir, bagi aku yang benar tetap benar sekali pon pahit, yang salah tetap salah dan jika aku bersalah aku mohon Allah tutupkan kesalahan aku dunia dan akhirat dan perbaiki kesalahan aku selagi masih bernyawa sebab aku yakin dan pasti aku adalah manusia yang tak lepas dari salah dan silap serta tak semestinya aku betul sentiasa dan salah sepanjang hayat). Jika hal ini berterusan, maka sememangnya tidak mustahil suatu hari nanti kita bakal menyaksikan masa depan bolasepak kita akan kucar kacir dan huru-hara seperti Brunei dan Indonesia..
So, Kalo Nak kritik tu kritiklah untuk membina tapi bukan mengutuk dan menghina orang lain, walau kritikan pedas sekalipun tapi kalau kena gaya dan bahasanya orang boleh terima sekali pun pahit, tapi kalau kata-kata nista cacian makian dan hamun yang kita lontarkan, kemungkinan besar bukan menjadikan masalah tersebut lebih baik malah tak mustahil jadi hancur lebur tunggang terbalik huru hara yang menyebabkan kebencian dan permusuhan yang panjang lagi jawapnya adalarrr, cari penyelesaian dengan cara terbaik dan kaji kelemahan kita, bukannya AFF Cup tu minggu depan dah nak start tapi gunakan baki masa yang tinggal dengan sebaik mungkin untuk mencari cara dan kaedah bagi saling bantu membantu memperbaiki mutu bolasepak tempatan kita, bukan menjahanamkan pemain dan pasukan sendiri.
Akhir bebelanku.... Selamat maju jaya dan berjuang untuk apa yang ada percaya, hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat sekalipun ada Akta yang menekan cuba menutup mulut kita sebagai masyarakat demokerasbesi.